BREAKING NEWS

Thursday, 18 May 2017

Guan Eng akui tanah dijual tanpa tender terbuka



PULAU PINANG 17 Mei – Kontroversi mengenai tanah rakyat seluas kira-kira tiga hektar di Lebuh Raya Peel di sini akhir­nya terjawab selepas Kerajaan DAP Pulau Pinang mengesahkan tanah itu sudah diberi pajakan jangka panjang dengan nilai RM156 juta.

Perkara itu diakui sendiri Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang turut mengesahkan perjanjian dengan Island Hospital Sdn. Bhd. bagi pembinaan hospital swasta tersebut tidak dibuat menerusi tender terbuka.

Jelas beliau, per­kara itu meman­dang­kan syarikat ber­­kenaan adalah pe­labur bereputasi dan dianggap sebagai pelaburan daripada syarikat multinasional (MNC).


“Perjanjian itu dimeterai tahun lalu dengan premium tanah RM30 juta sudah dibayar sebagai deposit,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.


Sebelum ini, pelbagai pihak antaranya pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Penang Citizens Awareness Chant Group (Chant) mendesak kerajaan DAP Pulau Pinang menjelaskan status tanah milik kerajaan negeri itu yang didakwa sudah terlepas ke tangan pemaju.

Penasihat Chant, Yan Lee berkata, pi­haknya dimaklum­kan mengenai ca­da­ngan projek pem­bangunan komer­sial di tanah itu, namun mendapati tiada hebahan awam dibuat kerajaan negeri sedangkan tanah tersebut merupakan tanah milik rakyat.

Dalam masa sama, Yan Lee mendesak Guan Eng mendedahkan harga pelepasan tanah itu memandangkan lokasinya di kawasan strategik iaitu di tengah-tengah pusat bandar dengan harga sekaki persegi boleh mencecah RM1,000.

Kerajaan DAP Pulau Pinang sebelum ini dibidas banyak pihak kerana didakwa mengambil pendekatan menjual tanah milik kerajaan negeri kepada pemaju untuk dibangunkan projek komersial dalam mengaut keuntungan segera dan berlipat kali ganda.

Utusan
 
Copyright © 2014 PenangKini.