BREAKING NEWS

Wednesday, 10 May 2017

Hantu-hantu berkeliaran di hospital





Ingin aku kongsikan pengalaman sewaktu berada di hospital. Ini dari kacamata seorang yang sepet
 matanya. Bila aku memasuki wad hospital mata aku yang sepet ini pasti akan memerhati sekeliling 
atas dan bawah sebab terlalu banyak makhluk yang tak dapat dilihat dengan mata kasar. Aku bukan
 bertujuan untuk menakutkan sesiapa tapi itulah pengalaman si mata sepet....

KES 1 - Aku masuk ke wad kelas 3 Hospital Besar Pulau Pinang. Aku melihat di atas siling begitu banyak makhluk merayap. Ada mata bulat, mata panjang. Ada telinga panjang. Ada muka mengerikan. Mereka seakan menanti saat untuk terjun ke bawah. Di hujung pula aku melihat seorang lelaki berjalan sambil
 memegang kepalanya sendiri. Darah memancut keluar dari tengkuknya. Nurse dan doktor 
seperti biasa menjalankan tanggungjawab mereka. Hanya aku yang kadang2 melihat di bawah 
katil pesakit. Mayat sedang tidur di bawahnya. Seorang kanak2 pula manarik tangan ibunya 
sambil jari menunjuk ke arah lembaga di bawah katil. Marah si ibu pada anaknya. Lain 
kali ibu2 yang ada anaknya macam ni, percayalah. Mereka dapat melihat apa yang orang lain
 tidak dapat

KES 2 - Aku melihat ramai orang datang menziarah keluarga pada waktu melawat. Seorang wanita
 kelihatan jalannya begitu perlahan. Di atasnya seekor beruk sedang bertenggek. Matanya merah.
 Aku cerita dekat isteriku. Terdiam dia. Aku terus baca ayat Al-Quran lalu aku hembus ke 
arah makhluk tersebut. Jatuh makhluk tu dan wanita tersebut terhoyong-hayang. Keluarganya terus
 memegang ingatkan wanita tersebut pitam atau tidak sihat. Makhluk tersebut bangun dan 
nampak begitu marah. Dia tahu angkara siapa yang buat. Matanya tepat memandang aku.
Aku baca ayat Qursi dan hembus lagi sekali. Terus hilang. Aku cerita dekat isteriku.

" Laa...Pasai pa abang pi hembus. Sat lagi takut kecoh wad ". Tegur isteriku. Betul jugak katanya.
 Aku hanya terdiam. Itulah sikap aku bila aku melihat sesiapa yang bawa benda ghaib yang dia 
sendiri tidak tahu. Aku akan buat dari jauh dan kadang2 aku sendiri kena serang bila tertidur.

KES 3 - Aku melihat ramai orang mengelilingi seorang lelaki. Rupanya dia di ambang sakaratul
 maut. Anak2 sibuk dengan hp. Telefon sana sini. Mungkin sedang memaklumkan kepada 
sanak saudara tentang si pesakit yang sedang nazak. Yang paling sibuk ialah makhluk yang 
bertelinga panjang, tanduk panjang sedang mengganggu lelaki tersebut. Saat inilah kita harus 
bisikkan kalimat Laaila Haillallah kepadanya. Kita ajarnya akan kalimat itu. Bukan kita tengok 
dan kata pada ayah..." Ayah mengucap ayah...mengucap "... sambil tersedu2. Kalau kita sayang
 mereka kita bantu mereka saat ini. Pedulikan hp. Bisikkan di telinganya Laaila haillallah....
Saat itu matanya hanya memandang atas. Dia diganggu sebenarnya. Kalau kita sayang ayah 
kita dan ibu kita ketika saat mereka hampir sampai tak kisah la samada anak2 lelaki atau 
perempuan..ajarlah ayah dan ibu anda. Itu tanda kasih kita pada mereka. Jangan hanya melihat
 dan menangis. Kadang2 kalau aku ziarah aku akan nasihat anak2 agar ajar tentang kalimah ini. 
Biarlah mereka akhiri dengan penyudah yang baik.

KES 4 - Pernah aku masuk bilik mayat untuk meminta surat kematian ibuku. Aku melihat ada
 beberapa makhluk sedang berdiri dekat peti mayat. Cuma aku tak pasti adakah peti itu kepunyaan
 mereka. Mereka berpakaian seperti biasa yang kita nampak pada manusia. Ada juga yang 
berwajah hodoh umpanya muka pecah, lidah terjelir keluar. Cepat2 aku jumpa yang mengeluarkan
 surat dan terus pergi ke pejabatnya.

KES 5 - Aku masuk ke wad jantung sewaktu menziarahi ibu mentuaku. Seorang nurse begitu tekun 
membantu pesakit. Tapi tanpa dia sedar dia diekori sesuatu. Wanita berambut panjang berjalan 
mengikutnya dari belakang. Ke mana saja nurse tu pergi dia akan ikut. Matanya hanya pandang ke 
bawah saja. Sesekali rambutnya akan tersangkut di atas bahu nurse dan aku melihat nurse tersebut
 menguis seolah2nya gatal. Aku hanya dapat melihat tanpa dapat melakukan apa2 terhadap 
nurse tersebut. Biasalah kalau bertugas di hospital. Sebab tu paling bagus kita amalkan ayat 
al Matsurat. Sebelum keluar dari hospital kita baca ayat matsurat atau ayat qursi lalu kita hembus
kiri, kanan, depan dan belakang sebelum pulang kerumah. Amalkanlah. Kita tak tahu apa yang 
mengikut kita pulang. Yang menjadi mangsa ialah anak2 kita.

Nota kaki:

Semoga kawan2 mendapat pengajaran daripada kisah benar ini tentang seorang manusia biasa 
yg dibukakan hijab oleh Allah untuk melihat makhluk di alam lain.

Sumber: Facebook Encik Ariff Budiman bin Zainal Abidin
www.zukidin.com
 
Copyright © 2014 PenangKini.