BREAKING NEWS

Tuesday, 30 May 2017

Jangan Cemar Ramadhan Dengan Politik Kamu Lim Guan Eng – Pengerusi JMPP


Larangan berbuka puasa kerana stunt politik ditujukan khas kepada Lim Guan Eng dan bukan untuk sahabat-sahabat bukan Islam yang lain. 

Hal ini ditegaskan oleh Pengerusi Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP) Mohamed Hafiz Mohamed Nordin bahawa perkara ini memang beliau tujukan khas kepada Lim Guan Eng namun pernyataan beliau telah diputar belit oleh Pegawai Penerangan Ketua Menteri Pulau Pinang tersebut iaitu Zaidi Ahmad.

 Menurutnya, setiap peserta yang hadir dalam sesi demo bantahan itu mendengar sendiri dan faham yang beliau sebenarnya tujukan khas kepada Lim Guan Eng sahaja dan tidak bermaksud kepada pihak-pihak lain. 

“Saya tidak kata semua orang bukan Islam, saya katakan Guan Eng berhenti buka puasa kerana dia memperolokkan kita sebab kalau dia boleh masuk campur urusan agama Islam, jadi apa ertinya dia datang berbuka puasa pula, tidakkah dia hanya mahu mempermainkan kita sebagai umat Islam?” Beliau berkata, terbukti juga DAP sendiri dengan lantang menentang larangan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam dan DAP juga menentang secara terang pindaan Akta 355, perkara itu lebih jelas dan ketara.


“Jadi kalau syariah dia tentang dan undang-undang syariah pun ditentang untuk apa dia berbuka puasa dan sebab itu saya minta dia masuk Islam secara baik dan jangan main-main,” katanya. Tambah beliau lagi, “Kalau Lim Guan Eng berminat sangat nak berbuka puasa, masuklah Islam, puasa elok-elok kemudian bukalah puasa.” Menurutnya, dua lelaki berbangsa Cina berkenaan berada dalam majlis tersebut dengan tenang sejak daripada awal dan mereka datang menemui beliau untuk bertanyakan soalan yang sama seperti yang hendak ditanyakan oleh Encik Zaidi. 

“Saya mengambil sedikit masa bersama mereka untuk memberi penjelasan dengan tenang tanpa gangguan daripada sesiapa termasuk individu yang menampar Zaidi,” katanya. Hafiz berkata, ini kerana mereka (dua lelaki Cina) itu menghormati majlis  dan dengan penuh beradab datang kepada saya untuk mendapat keterangan dengan lebih lanjut tentang isu pencerobohan ke atas fatwa. 

Menurut Hafiz lagi, berkenaan isu larangan berbuka puasa itu, beliau bukan tujukan kepada semua bukan Islam. “Saya tujukan kepada Guan Eng yang dilihat mempersendakan umat Islam dengan amalan buka puasanya sedangkan dalam waktu yang sama mencampuri urusan umat Islam dalam hal fatwa dan perkara itu saya sifatkan sebagai memperolokkan umat Islam,” katanya.

 Beliau berkata, “Guan Eng dan DAP juga menentang keras pindaan A355 yang jelas juga bertentangan dengan amalan dia berbuka puasa.” “Sebab itu saya kata (secara sinis) kalau nak sangat buka puasa, masuk Islam dulu, lepas puasa, berbukalah,” katanya. Beliau berkata lagi, “Tapi “spinning” yang dibuat oleh sesetengah portal sehingga hilang tajuk asal bantahan itu, iaitu pencerobohan ke atas urusan hal ehwal Islam dan Yang di-Pertuan Agong.” “Yang mereka titik beratkan hanyalah kisah Guan Eng “dilarang” buka puasa,” katanya.

menara.my
 
Copyright © 2014 PenangKini.