BREAKING NEWS

Wednesday, 17 May 2017

Kenapa PH tak desak speaker P.Pinang,Selangor letak jawatan?


Perumpamaan ‘mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih’ dilihat sesuai diberikan kepada Pakatan Harapan (PH) susulan mendesak Speaker Dewan Rakyat  Tan Sri Pandikar Amin Mulia meletakkan jawatan.
Pengerusi Gerakan Akar Umbi UMNO Malaysia (GAUM) Datuk Zulkarnain Mahdar membidas tindakan pakatan pembangkang yang disifat ketandusan modal dalam arena politik tanahair.
“Hasrat Pandikar Amin untuk aktif semula dalam politik bukanlah sesuatu yang luar biasa kerana pihak pembangkang juga berbuat demikian, malah lebih teruk lagi apabila Speaker di negeri pembangkang adalah seorang wakil rakyat,” kata beliau dalam satu kenyataan, Selasa.
Menurutnya, untuk lebih adil, Pakatan Harapan sepatutnya turut mendesak agar Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) di dua negeri yang dikuasai mereka ditukarkan kepada individu yang bukan dikalangan wakil rakyat.
“Memandangkan Speaker DUN Selangor Hannah Yeoh dan Speaker DUN Pulau Pinang  Law Choo Kiang merupakan seorang ADUN bagi Subang jaya dan Bukit Tambun, mereka patut juga meletakkan jawatannya sebagai Speaker,” kata Zulkarnain lagi.
Sebelum ini, Pakatan Harapan melalui Majlis Setiausaha Pakatan Harapan mendesak Pandikar Amin meletakkan jawatan Speaker Dewan Rakyat ekoran kenyataannya sebelum ini yang mahu kembali aktif berpolitik.
Desakan ini dibuat kerana kononnya Pandikar Amin tidak dapat memberi tumpuan bagi melaksanakan reformasi Parlimen jika kembali aktif dalam kancah politik


 
Copyright © 2014 PenangKini.