BREAKING NEWS

Sunday, 7 May 2017

Keris purba ditemui di Sungai Wales

Seorang lelaki tidak menyangka besi buruk yang tersangkut pada pukatnya adalah sebilah keris Melayu pada abad ke-18, dipercayai berasal dari sebuah negara di rantau Asia Tenggara.
Lelaki itu, Andrew Davies menemui keris berkenaan ketika menjala ikan di Sungai Towy berhampiran bandar Carmarthen.
“Pada malam kejadian, pukat ikannya seolah-olah tersangkut sesuatu, ketika menariknya, saya dapati terdapat sebatang besi tersangkut.
“Apabila melihat besi itu, saya betul-betul terkejut kerana tidak pernah menemui benda seperti ini,” katanya, memetik laporan dailymail.co.uk.
Andrew kemudiannya membawa penemuan itu kepada pihak muzium berdekatan dan kemudianya dikenalpasti sebagai keris.
“Perkara ini sangat menarik, saya ingin tahu bagaimana keris ini berada di sini,” katanya.
Dia bagaimanapun telah menghantar keris berkenaan ke sebuah muzium di London untuk dikaji.
“Saya belum menerima sebarang penjelasan daripada pihak muzium.
“Pada awalnya, saya ingat keris ini berasal daripada Romawi, namun setelah menelitinya lebih terperinci dengan bentuk eksotiknya yang membuatkan saya percaya ianya berasal dari Asia Tenggara atau Malaysia,” katanya. -Agensi
 
Copyright © 2014 PenangKini.