BREAKING NEWS

Tuesday, 23 May 2017

Mana Pergi Hasil Duit Pesta Jual Tanah RM12.5 Billion Negeri Pulau Pinang Wahai Lim Guan Eng...??!!


Mungkin anda tidak perasan, setiap kali pendedahan tentang jualan tanah di Pulau Pinang oleh Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Lim Guan Eng dibuat, setiap kali itulah, DAP akan menggelupur mencari isu-isu remeh yang bersifat sensasi untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada permasalahan serta skandal terbesar di Pulau Pinang, terutama sekali yang membabitkan tanah-tanah kerajaan negeri.

Tahukah anda, walaupun DAP hanya memerintah bermula dari tahun 2008, keluasan tanah Kerajaan Negeri hanya tinggal 8% sahaja daripada keluasan keseluruhan. Dalam masa lima tahun sahaja, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menjual 33% tanah Kerajaan Negeri kepada pemaju-pemaju yang mempunyai hubungan kroni atau Lim Guan Eng sekeluarga ada kepentingan dalam syarikat-syarikat pemaju tersebut, pada kadar yang tersangat tidak masuk akal murahnya.

Berikut adalah senarai tanah-tanah yang telah dijual oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang semenjak tahun 2011 sehingga 2014 sahaja. Senarai tanah-tanah Kerajaan Negeri yang telah dijual dari tahun 2008 sehingga 2011 akan menyusul kemudian dan jumlahnya jauh lebih besar dan luas:

- 2011 - seluas 102 ekar tanah di Bayan Mutiara telah dijual kepada Ivory Properties pada harga RM1.07 bilion.

- 2013 - seluas 110 ekar tanah di Gurne Drive telah dijual kepada Consortium Zenith BUCG untuk projek Terowong Pulau Pinang bernilai RM6.3 juta. Kes ini unik kerana nilai RM6.3 bilion itu tidak melibatkan wang tunai.

- 2013 - 40 ekar tanah di Batu Kawan telah dijual kepada PE Land.

- 2014 - tanah seluas 245 ekar di Batu Kawan telah dijual kepada Aspen Vision di mana kepentingan Ivory Properties di dalam syarikat tersebut adalah 49%.

- 2014 - 30 ekar tanah di Batu Kawan telah dijual kepada Paramount Group bernilai RM57 juta.

- 2014 - 470 ekar tanah di Batu Kawan telah dijual kepada Eco World bernilai RM1.02 bilion.

- 2014 - 49% daripada 198 ekar tanah di Batu Kawan dan 6.67 ekar tanah di Bayan Lepas terjual kepada Temasek Singapura tanpa membabitkan sebarang bayaran tunai!

Kesemua jualan tersebut bernilai berbilion Ringgit, tetapi jualan tanah dari tahun 2008 sehingga 2012, Pulau Pinang sekadar mencatatkan pertumbuhan sekitar 3,85% (sebanding dengan kadar bon Kerajaan Persekutuan) menerusi simpanan tunai Pulau Pinang dari RM1.02 bilion untuk sekadar mencapai RM1.192 bilion. Persoalannya ialah, menerusi peningkatan yang begitu kecil, di mana keseluruhan wang yang berbilion-bilion hasil jualan tanah itu semua? Adakah kerana perbelanjaan tahunan yang bertambah dua kali ganda?

Satu persoalan besar yang seringkali dipersoalkan ialah, berbanding menjual tanah, mengapa agaknya PDC Pulau Pinang tidak membangunkan atau memajukan tanah milik Kerajaan Negeri itu sendiri?

Persoalan kepada orang Melayu Pulau Pinang sendiri, apakah polisi Lim Guan Eng ini sebenarnya mencerminkan sikap orang Melayu yang hanya fikirkan 'NAK SENANG' sahaja sehinggakan pesta jualan tanah secara besar-besaran oleh DAP di Pulau Pinang, langsung tidak membimbangkan mereka?

Apa yang mereka perolehi daripada skim dan skandal tanah tersebut? Sedangkan polisi DAP dan Lim Guan Eng, jelas untuk mengkayakan lagi pemaju. Pemaju mengutip keuntungan berpuluh-puluh kali ganda hanya kerana kecenderungan Melayu untuk membuat 'perubahan'.

Perubahan apa yang sedang berlaku? Semua kerja hartanah akan dipindahkan kepada arkitek-arkitek Cina, jurutera-jurutera Cina, Qs, Subcons dan peguam-peguam Cina, manakala peguam-peguam Melayu, arkitek-arkitek Melayu dan jurutera-jurutera Melayu, semua pakat nganga!

Apa yang berlaku dalam GLC terutama sekali dalam sektor perbankan, sedang diamalkan secara meluas menerusi pesta jualan tanah di Pulau Pinang!

Fikirkan tentang perkara ini. PDC di bawah Lim Guan Eng, dapat duit secara percuma. PDC dapat tanah secara percuma dan kemudian tanah-tanah tersebut djual pula kepada syarikat-syarikat atau pemaju-pemaju Cina. Duit yang diperolehi oleh PDC daripada hasil jualan, hilang begitu sahaja. PDC sebaliknya membina rumah-rumah mewah yang bukan untuk rakyat marhein sepertimana tujuan asal penubuhannya.

Ini bukan sekadar melibatkan Melayu marhein tetapi juga Cina dan India serta semua marhein di Pulau Pinang yang langsung tidak ada tempat dalam pandangan Lim Guan Eng dan DAP Pulau Pinang.

 
Copyright © 2014 PenangKini.