BREAKING NEWS

Tuesday, 30 May 2017

Mejar Zaidi, Jangan Berbohong Di Bulan Puasa – Pengerusi JMPP



Dakwaan bahawa para pendemo gagal menjawab soalan bentuk campur tangan yang dibuat Lim Guan Eng adalah tidak berasas. Pengerusi Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP) Mohamed Hafiz Mohamed Nordin berkata hal ini diterangkan  beliau dengan panjang lebar apabila ditanya dan tuduhan liar yang mengatakan beliau tidak boleh menjawab soalan jelas tidak benar.

 Beliau berkata, dua lelaki Cina ini bertanyakan soalan kepada beliau meminta penjelasan fatwa yang mana Lim Guan Eng sekat dan ganggu. “Saya terangkan semula seperti apa yang saya ceritakan dan kedua-dua mereka memahami isu dan tujuan sebenarnya demo ini dibuat,” katanya. 

Ditanya apakah fatwa yang disekat itu, Mohamed Hafiz yang juga Mantan Pengerusi PEMBELA itu berkata, pada 2010 fatwa kalimah Allah dan ditambah 39 lagi nama-nama suci dalam Islam termasuklah masjid dan lain-lain telah diganggu dan disekat oleh kerajaan negeri.

Menurutnya, setelah fatwa itu diluluskan oleh Majlis Fatwa Negeri, kemudian mengikut enakmen di Pulau Pinang, perkara fatwa ini tidak perlu melalui Exco kerana Majlis Fatwa Pulau Pinang ini diletakkan di bawah kuasa DYMM Yang Di-Pertuan Agong dan bukan di bawah kerajaan negeri. “Jadi fatwa yang dibuat itu boleh terus kepada Yang Di-Pertuan Agong dan tidak perlu melalui Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang,” katanya.

 Menurut beliau lagi, selepas Agong menandatangani fatwa 40 nama-nama suci dalam Islam ini dan diberi semula kepada Majlis Fatwa barulah Exco Agama Dato Abdul Malik Kassim menulis surat kepada Jabatan Mufti yang ketika itu disandang oleh Datuk Seri Hassan Ahmad supaya menyemak semula sebelum dibentangkan. 


Beliau berkata, sedangkan fatwa itu sudah disahkan oleh Yang Di-Pertuan Agong maka hanya tinggal untuk digazetkan sahaja bukan sebaliknya. Menurut Ustaz Hafiz Nordin, sebenarnya surat yang dikeluarkan oleh Exco itu pun sudah dibocorkan dan ditular di media sosial dan perkara ini memang berlaku dan Malik Kassim sebagai Exco Agama juga tidak menafikan bahawa surat yang melahirkan rasa kesal Kerajaan Negeri terhadap Mufti itu menyatakan seolah-olah Mufti tidak faham pendirian Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Ustaz Hafiz Nordin berkata, “Pada ketika itu pendirian Kerajaan Negeri misalnya mengenai isu kalimah Allah di mana Lim Guan Eng mengatakan bahawa orang bukan Islam boleh guna nama Allah dan itulah pendirian kerajaan negeri dari apa yang saya faham ketika itu.” Beliau berkata, Datuk Hassan menyatakan memang mesyuarat untuk mengkaji surat itu telah dibuat, disebabkan Mufti (Datuk Hassan) ketika itu tidak mahu membuat keputusan seorang diri jadi beliau menjemput ke semua Ahli Majlis Fatwa Negeri untuk bersidang sekali lagi bagi melihat sama ada mahu setuju ataupun sebaliknya.

 “Maka sebulat suara pada masa itu termasuk Mufti Pulau Pinang yang ada sekarang Datuk Dr Wan Salim Mohd Nor yang ketika itu merupakan Ahli Majlis Fatwa bersetuju supaya tidak dirujuk semula, tidak direview dan dikaji semula fatwa berkenaan. Menurutnya, perkara itu disebabkan mengambil kira kewibawaan semua pihak yang terlibat ketika membuat fatwa termasuk kewibawaan Yang Di-Pertuan Agong yang sudahpun menurunkan tanda tangan pengesahan ke atas fatwa tersebut. 


Beliau berkata, perkara inilah yang hendak ditegaskan dalam Demo Bantahan baru-baru ini bahawa Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan DAP, Lim Guan Eng ini supaya jangan buat perkara seperti ini. Beliau berkata, “Apa yang saya tahu, pihak PAS sendiri ada membuat laporan polis sekitar bulan lepas mengenai isu berkenaan cuma belum ada apa-apa tindakan setakat ini.” Comments
 
Copyright © 2014 PenangKini.