BREAKING NEWS

Wednesday, 3 May 2017

Pakatan Akan Naikkan Harga Petrol, Elektrik & Gula Ikut Logik Lim Guan Eng

Rakyat Malaysia adalah pengguna tertinggi petrol di rantau ini dan ke-23 tertinggi di dunia.
Secara purata, rakyat Malaysia menggunakan 1.08 liter petrol bagi setiap orang sehari berbanding Singapura (0.60 liter), Indonesia (0.34 liter), Thailand (0.29 liter) dan Filipina (0.11 liter).
Harga petrol Malaysia adalah yang paling murah di rantau ini (selain daripada Brunei).
Pada 8,831 kWh setiap tahun, rakyat Singapura mempunyai penggunaan tertinggi elektrik per kapita di rantau ini berdasarkan data Bank Dunia bagi tahun 2013.
Selain Singapura, Malaysia mempunyai penggunaan tertinggi per kapita pada 4,511 kWh – lebih daripada Thailand (2,470 kWh), Indonesia (787 kWh) dan Filipina (692 kWh).
Tetapi Malaysia juga mempunyai kadar elektrik termurah di rantau ASEAN.
Juga tidak boleh dinafikan bahawa Malaysia adalah kalangan pengguna tertinggi gula per kapita di dunia tetapi merupakan antara harga gula runcit termurah di dunia – lebih murah daripada Brazil dan Thailand, dua negara pengeluar gula utama di dunia.
Kita juga mempunyai kadar obesiti tertinggi dan juga kadar tertinggi pengidap kencing manis di ASEAN dan Asia.
Menurut Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, rakyat Pulau Pinang adalah pengguna air tertinggi per kapita dan Pulau Pinang mempunyai kadar air paling murah antara semua negeri.
Oleh itu Pulau Pinang menaikkan kadar air dengan ketara yang luar biasa sebanyak 4 kali dalam tempoh 9 tahun untuk menggalakkan rakyat Pulau Pinang menggunakan air dengan bijak.
Jadi, jika Pakatan mengambil alih kuasa pada PRU-14, harga petrol, kadar elektrik dan harga gula akan dinaikkan 4 kali dalam tempoh 9 tahun akan datang.
Begitukah, Lim Guan Eng?
Oleh Lim Sian See / Wakeup Malaya
 
Copyright © 2014 PenangKini.