BREAKING NEWS

Tuesday, 16 May 2017

Parti Cinta Malaysia sertai Pakatan Sejahtera PAS ?



KUALA LUMPUR: Selepas Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), sebuah lagi parti kecil mahu menyertai Gagasan Sejahtera yang dipimpin PAS.
Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengumumkan Parti Cinta Malaysia (PCM) menyatakan hasrat untuk menyertai Gagasan Sejahterea bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14.
PRU14 perlu diadakan selewat-lewatnya tahun depan, dan boleh dipanggil bila-bila masa mulai sekarang.

“Kita alu-alukan sebarang usaha, sokongan dan dokongan kepada Gagasan Sejahtera,” kata Tuan Ibrahim pada sidang media bersama Presiden Ikatan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir di ibu pejabat agung PAS di sini hari ini.

Beliau berkata PCM perlu tahu hala tuju dan dasar Gagasan Sejahtera terlebih dahulu sebelum menyertainya.

“Insya Allah, kita akan teliti permohonan mereka ini dan kita akan adakan pertemuan dengan pihak yang mengatakan keinginan untuk bersama Gagasan Sejahtera,” katanya pada sidang media bersama Presiden Ikatan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir di ibu pejabat PAS di sini hari ini.
Gagasan Sejahtera diasaskan pada 16 Mac tahun lepas. Dalam gabungan tersebut, PAS dan Berjasa membawa aliran politik Islam sementara Ikatan berdasarkan konstitusionalisme.
Pada mesyuarat agung tahunan PAS baru-baru ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasarnya memberitahu gabungan itu akan diperkemaskan dengan penyertaan badan bukan kerajaan, pimpinan masyarakat dan bekas pegawai kanan kerajaan.
PAS dilaporkan meletakkan sasaran antara 40 hingga 100 kerusi Parlimen, dan 4 negeri selain mempertahankan Kelantan, pada PRU14 nanti.
 
Copyright © 2014 PenangKini.