BREAKING NEWS

Monday, 8 May 2017

Pelajar Kolej Matrikulasi Pulau Pinang maut terkena renjatan elektrik

Seorang pelajar perempuan  Kolej Matrikulasi  Pulau Pinang di sini maut dipercayai terkena renjatan elektrik di bilik asramanya malam tadi.

Mangsa, Siti Nor Manisya Amer Prem Kumar, 19, pelajar jurusan sains di kolej berkenaan ditemukan dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri oleh rakannya kira -kira jam 8.15 malam.

Rakan mangsa kemudiannya melaporkan kejadian itu kepada pihak pengurusan kolej.


Mangsa dibawa ke Hospital Kepala Batas( HKB) untuk rawatan namun disahkan meninggal dunia.

 
Copyright © 2014 PenangKini.