BREAKING NEWS

Tuesday, 2 May 2017

Pelajar Tajaan JPA akan hilang biasiswa jika kritik kerajaan

Pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bakal kehilangan biasiswa sekiranya mereka didapati mengkritik kerajaan, kata ketua pengarahnya, Datuk Seri Zainal Rahim Seman.
Zainal ketika dihubungi Sin Chew Daily berkata, adalah  wajar untuk menarik balik biasiswa yang ditawarkan kepada pelajar terbabit sekiranya mereka didapati mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan imej negara, di media sosial seperti blog dan Facebook.
 Beliau berkata, biasiswa diberikan kepada pelajar yang cemerlang bagi membantu mereka menumpukan pengajian, dan bukannya menyebarkan maklumat yang tidak tepat sehingga memburukkan kerajaan.  “Kerajaan menyediakan bantuan kewangan kepada pelajar bagi membolehkan mereka menumpukan pelajaran dan menjadi profesional pada masa depan.  “Matlamat mereka adalah memberi tumpuan kepada pelajaran mereka. Kenapa mereka menabur fitnah untuk mencemarkan imej kerajaan?” katanya. – Sin Chew Daily/Asia News Network
 Sumber: MStar
 
Copyright © 2014 PenangKini.