BREAKING NEWS

Monday, 29 May 2017

Pelan Induk Pengangkutan (PIP) Kenapa Kerajaan DAP Pulau Pinang Perlu Meminjam bagi Pihak Pemaju - Gerakan

1. Parti Gerakan Pulau Pinang mempersoalkan mengapa Kerajaan DAP Pulau Pinang terpaksa meminjam wang dari bank asing bagi pihak pemaju untuk membiayai projek pelan induk pengangkutan (PIP) 

2.Naib Pengerusi Gerakan Pulau Pinang,Lee boon Ten berkata, tanggungjawab untuk mencari modal untuk membiayai projek tersebut sepatutnya diuruskan sendiri oleh pemaju yang diberikan projek berkenaan.

3.Kesediaan DAP Pulau Pinang untuk mendapatkan pinjaman bagi pihak pemaju akan menyebabkan Pulau Pinang berdepan dengan hutang yang besar pada tempoh yang agak panjang

4. "Adakah konsortium yang mendapat projek  bagi perlaksanaan PIP termasuk tambak laut seluas 1800 hektar diselatn negeri ini tidak mampu menceri pembiayaan mereka sendiri sehingga memerlukan campurtangan Kerajaan Negeri? " 

5. Lee Boon Ten juga mengulas menegnai Enakmen Pinjaman Kerajaan Negeri (Bank & sumber kewangan lain ) 2017 yang diluluskan sidang DUN yang lalu yang membolehkan kerajaan negeri meminjam wang dari bank atau institusi kewangan untuk membayar untuk projek prasarana baru dan projek - projek lain.

6. Guan Eng ketika mencadangkan usul itu berkata, enakmen berkenaan membolehkan kerajaan negeri meminjam wang dari Bank Import-Eksport China (Exim bank of China) untuk membiayai PIP

7. Enakmen berkenaan mendapat bantahan banyak pihak juga memberi banyak kesan retrospektif iaitu membolehkan kerajaan negeri memohon pinjaman sebelum enakmen berkuat kuasa.

8. Boon Ten juga mempersoalkan peningkatan kos projek PIP yang tidak munasabah iaitu RM27 Billion ketika pengumuman awal meningkat kepada RM46 Billion.selain itu kerajaan negeri perlu mendedahkan mengapa dari awal lagi bank dari China menjadi pihan .

9. Selain itu, penduduk Pulau Pinang berhak mengetahui secara terperinci pelan pinjaman dari bank asing ini.

 
Copyright © 2014 PenangKini.