BREAKING NEWS

Thursday, 18 May 2017

Perak Retro Fest 2017


1. Perak Retro Fest 2017 bakal diadakan di Bukit Merah Laketown Resort, Perak pada 26hb Ogos 2017.Ini merupakan penganjuran kali ke-2 diadakan disini

2.Acara ini dianjurkan oleh Kelab Sukan Bermotor Mutiara, GM Event Management serta sokongan padu dari Bukit Merah Laketown Resort.

3. Acara yang berkonsepkan Retro @OldSkool ini bakal menghimpunakan peminat serta penggiat sukan pemotoran khususnya jentera lama dari utara tanah air dan seluruh Malaysia. Pemilik kereta/motosikal yang mempunyai jentera tahun buatan berusia 90an kebawah dipelawa untuk menyertai pertandingan serta perhimpunan acara ini

4. Tujuan utama acara acara ini diadakan adalah untuk memberi ruang kepada pemilik jentera lama untuk berkumpul, bertukar maklumat,mengeratkan silaturahim dan bersaing didalam satu platform yang sihat. selain itu matlamat utama kami adalah untuk mempromosi serta menaikkan nama Bukit Merah Laketown Resort sebagai antara pusat perlancongan dan hub sukan pemototran yang terkenal di Malaysia.

5. selain pertandingan serta himpunan kereta/motosikal lama, penganjur juga akan menyediakan pelbagai acara menarik buat  peserta serta para pengunjung. antara acara yang dirangka adalah booth jualan produk permototran, car boot sales, persembahan band jemputan, karaoke santai, pertandingan memancing (peserta sahaja), pertunjukan kereta audio dan cabutan bertuah

6. Sasaran kami adalah untuk menghimpunkan 5000 buah motosikal, 500 buah kereta lama serta 10000 orang pengunjung sepanjang 2 hari acara ini berlangsung. Sebarang makluman mengenai acar ini boleh hubungi En Khairul (019.5712256)

Khairul Ilham B, Mohamad Hassan
Presiden Kelab Sukan Bermotor Mutiara
Pengarah GM Event Management




__________________________________________________________________________________














FACEBOOK >> Perak Retro Fest 2017 





 
Copyright © 2014 PenangKini.