BREAKING NEWS

Monday, 8 May 2017

Permatang Pauh Fellowship Ride 2017 Cemerlang


Walaupun cubaan untuk sabotaj program ini apabila pihak MPSP telah menurunkan semua banner sehari sebelum program namun kehadiran peserta dan orang ramai adalah luar dari jangkaan sebenar.

Begitulah meriahnya acara sukan berbasikal cetusan idea Datuk Mohd Zaidi Mohd Said dalam Permatang Pauh Fellowship Ride 2017 yang merupakan acara sukan berbasikal paling besar di Pulau Pinang pada tahun ini.

Kemeriahan terpancar lagi apabila melihat kehadiran Menteri Belia Dan Sukan merangkap ketua Pemuda Umno Malaysia YB Khairy Jamaluddin seterusnya merasmikan majlis yang gilang gemilang ini.

Hampir 800 peserta termasuk daripada Indonesia, Korea dan dari seluruh negara menyertai sukan berbasikal yang julung kali di adakan di sini telah menambahkan lagi kemeriahan program ini.

Inilah hasil usaha dan idea Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said serta seluruh kepimpinan Umno bahagaian Permatang Pauh di bantu oleh Penang Maountain Bike Association (PMA) serta tidak ketinggalan kerja kuat dan sokongan seluruh JKKKP, #TeamZaidi dan lain lain ajensi yang terlibat.

#TeamZaidi
#DatukZaidi4PermatangPauh
#DatukZaidiDanRiadah


Datuk Zaidi mengetuai kayuhan

#TeamZaidi dari Wanita Umno bersama YB Khairy Jamaludin dan Datuk Mohd Zaidi serta Naib Ketua Umno Permatang Pauh Ajis Abdul.

Sebahagian perserta sebelum berlepas di Pusat Komersial Permatang Pauh

Lebih 800 peserta memeriahkan Permatang Pauh Fellowship Ride 2017

Ketua Pemuda saudara Abu Bakar, Datuk Mohd Zaidi, Suhaimi dan Hassan selaku pimpinan Umno Permatang Pauh di atas pentas bersama pemenang hadiah basikal


YB Khairy Jamaludin bersama Datuk Zaidi dan saudara Bakar di kerumni oleh wartawan 

YB Khairy melepaskan peserta

Peserta tidak melepaskan peluang bergambar dengan Datuk Zaidi


Bergaya


Turut mendapat liputan dari akhbar




Orang kuat #TeamZaidi bersama YB Khairy















Menjadi satu kebiasaan Datuk Zaidi melayan orang ramai di dalam setiap program yang beliau anjur.






 
Copyright © 2014 PenangKini.