BREAKING NEWS

Tuesday, 9 May 2017

Piala Asia: Malaysia bertemu Korea Utara di Pyongyang


Perlawanan pusingan akhir kelayakan Piala Asia 2019 antara Korea Utara dan Malaysia yang ditangguhkan akan berlangsung di Pyongyang pada 8 Jun selepas Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengesahkan penarikan balik sekatan perjalanan sebelum ini.
Hubungan diplomatik kedua-dua negara tegang berikutan pembunuhan Kim Jong Nam, abang tiri pemimpin Korea Utara Kim Jong Un, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada Februari.
“Selepas mendapat pengesahan daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia yang tidak ada sebarang sekatan perjalanan, AFC bersetuju perlawanan pusingan akhir kelayakan Piala Asia 2019 Kumpulan B kini akan diadakan di Pyongyang, Korea Utara pada 8 Jun 2017,” katanya dalam kenyataan.

Brikutan hubungan diplomatik yang tegang sejak kes pembunuhan Kim, pasukan Malaysia dilarang beraksi dalam perlawanan pada 28 Mac seperti yang dijadualkan pada awalnya.
Cadangan awal ialah membolehkan kedua-dua pasukan tersebut bermain di gelanggang berkecuali.


 
Copyright © 2014 PenangKini.