BREAKING NEWS

Monday, 8 May 2017

Polis buru Pemilik Akaun Hina Islam



Polis sedang mengesan pemilik Facebook Anna Ong lye Lung kerana memuat naik komen jelik dan menghina umat Islam ketika mengulas insiden pergaduhan di Surau Austin Perdana kelmarin. 

Menurut Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed, pihak polis sedang menjalankan siasatan dan akan mengambil tindakan sewajarnya. 

"Kita akan ambil tindakan terhadap Anna sekiranya dia didapati menyalahgunakan media sosial.

"Kalau dia mendakwa laman sosialnya itu diceroboh, kita akan jalankan siasatan.

"Bagaimanapun, sekiranya betul ia keluar daripada dia sendiri, kita akan ambil tindakan tegas,"

Kenyataan gadis tersebut menjadi viral di media sosial sehingga mencetuskan kemarahan umat Islam sehingga ada yang menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas ke atas wanita itu. 

Namun, akaun Facebook berkenaan telah dipadam tidak lama kemudian selepas menerima kecaman dari pelbagai netizen
 
Copyright © 2014 PenangKini.