BREAKING NEWS

Wednesday, 10 May 2017

Rasuah di Zakat Pulau Pinang. Tweet dari Fahmi Zainol yang menjengkelkan

#Penang Rasuah di Zakat Pulau Pinang | Salleh Man (Adun PAS/PAN Permatang Pasir), YDP MAIPP adalah juga Pengerusi Lembaga Pengarah Zakat Pulau Pinang.

Salleh Man sebagai Pengerusi Zakat Pulau Pinang beliau seharusnya bertanggungjawab terhadap penyelewengan yang berlaku semasa Zakat Pulau Pinang berada di bawah seliaaan beliau.

Begitu juga Malek Kasim (PKR-Batu Maung) Exco Hal Ehwal Agama Islam perlu bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku dalam Zakat Pulau Pinang.

Mereka adalah sebahagian daripada Kerajaan CAT DAP Pulau Pinang. Mereka perlu akauntabel ...

Fahmi Zainol, Pengarah Komunikasi PKR dalam tweet beliau menuduh CEO Zakat Pulau Pinang yang ditahan SPRM adalah ahli UMNO.

Setelah 9 tahun Pakatan Rakyat/Harapan perintah Pulau Pinang, adakah mungkin seorang ahli UMNO dibenarkan memegang jawatan utama sebuah agensi kerajaan negeri Pulau Pinang?

Kontraktor-kontraktor yang ada hubungan dengan UMNO pun disekat dari mencari makan dengan kerajaan Negeri Pulau.

p.s. Dengar cerita, salah seorang dari 7 kontraktor yang ditahan SPRM dalam siasatan kes ini adalah seorang pemimpin tertinggi PPBM di Pulau Pinang. - Azizi Safar
 
Copyright © 2014 PenangKini.