BREAKING NEWS

Tuesday, 16 May 2017

Reman pegawai kanan Zakat Pulau Pinang dilanjut 4 hari lagi

Mahkamah Majistret menyambung reman pegawai kanan Zakat Pulau Pinang (ZPP) selama 4 hari lagi sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan penyelewengan wang zakat negeri.
Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Mohamad Amin Shahul Hamid yang membenarkan permohonan yang dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang.
Beliau juga memerintahkan reman seorang lagi pegawai kanan ZPP dilanjutkan.

Kedua-dua pegawai itu tiba di kompleks mahkamah dengan berpakaian lokap SPRM berwarna jingga jam 2.20 petang tadi dan dilihat keluar dari bangunan itu jam 3.15 petang.
Pegawai kanan berusia lingkungan 50-an itu direman bersama-sama 11 individu lain sejak 9 Mei lepas.
Terdahulu pada pagi ini, 3 kontraktor yang turut ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung dakwaan sama dibebaskan dengan jaminan SPRM masing-masing dengan RM5,000.
Sabtu lepas, SPRM membebaskan 6 individu iaitu 4 kontraktor dengan jaminan RM5,000 setiap seorang dan 2 pegawai ZPP masing-masing dengan jaminan RM10,000 yang turut sama ditahan bagi membantu siasatan.
Semalam, SPRM membebaskan seorang lagi kontraktor dengan jaminan RM5,000.
 
Copyright © 2014 PenangKini.