BREAKING NEWS

Wednesday, 3 May 2017

Satu Lagi Contoh Kebodohan Punca Pakatan Akan Gagal Sebagai Kerajaan


DAP sentiasa berkata bahawa GST adalah satu beban kepada perniagaan, menambah kerumitan dan kos bagi menjalankan perniagaan walaupun sebahagian besar negara di dunia ini berjaya melaksanakannya.
Tony Pua Bantu Bawa Masuk Pelaburan Asing
Tony Pua juga berkata bahawa entiti perniagaan mendapati sistem GST adalah mengelirukan, rumit dan mahal untuk dilaksanakan dan bahawa banyak perniagaan kecil akan ditutup kerana mereka tidak cukup cekap untuk implemenkan GST ke dalam akaun mereka dan penyerahan cukai.
Bagaimanapun, kemudian Lim Guan Eng berkata sekali lagi bahawa Pakatan tidak akan memansuhkan GST tetapi akan mengurangkannya ke kadar sifar peratus.
GST: Pakatan Mahu Malaysia Berundur Ke Belakang Dengan Janji Tak Realistik
Lim Guan Eng juga mengatakan ia adalah lebih kos efektif bagi perniagaan dan kerajaan untuk terus “dibebankan” dengan sistem GST sifar peratus walaupun tidak mendatangkan sebarang hasil cukai kepada kerajaan dan tidak mendatangkan manfaat kepada perniagaan – satu kenyataan yang benar-benar tidak masuk akal dan hanya Lim Guan Eng boleh berani untuk menyeburnya tanpa rasa malu.
Malah, Lim Guan Eng juga berkata bahawa walaupun mereka menang PRU-14, “Terdapat keraguan mengenai sama ada kita boleh memansuhkan GST, jadi satu cara menyelesaikannya adalah untuk menjadikan ia berkadar sifar.”
Pakatan Kini Kata Tidak Akan Mansuhkan GST Jika Menang PRU14
Melihat kepada kenyataan yang bercanggah, jelas Pakatan hanya membuat janji-janji palsu dan tidak akan benar-benar menghapuskan GST tetapi akan terus melaksanakannya.
Oleh kerana sistem GST masih akan wujud jika Pakatan menang, mungkin suatu hari, Tokong juga akan mengatakan bahawa mereka perlu menaikkan kadar GST untuk membantu pengguna berbelanja dengan bijak – alasan yang sama diberi apabila beliau mahu menaikkan kadar air Pulau Pinang kali ke-4 dalam tempoh 6 tahun.
Oleh Lim Sian See / wake up malaya





 
Copyright © 2014 PenangKini.