BREAKING NEWS

Sunday, 14 May 2017

SKMM: Tiada serangan siber di Malaysia

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia berkata, tiada serangan perisian tebusan dilaporkan di Malaysia, walaupun serangan siber dilaporkan berlaku di hampir 100 negara.
“MCMC terus memantau keadaan itu bersama agensi penguatkuasaan lain,” kata suruhanjaya itu dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, MCMC menasihati rakyat Malaysia segera mengambil langkah berjaga-jaga, termasuk mengemas kini perisian masing-masing dengan jujukan (patch) terkini untuk memastikan semua hos membolehkan penggunaan penyelesaian antiperisian hasad serta segera menyalin data penting kepada pemacu keras luaran atau perkhidmatan penstroran awan, sekiranya mereka belum berbuat demikian.

“Di samping itu, jangan klik sebarang pautan meragukan dan laporkan sebarang kejadian kepada pihak berkuasa dengan secepat mungkin,” katanya.

Menurut laporan, serangan siber perisian tebusan melanda organisasi di seluruh dunia dan antara pihak yang paling terus terjejas ialah Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) di England.
 
Copyright © 2014 PenangKini.