BREAKING NEWS

Wednesday, 3 May 2017

Tony Pua & DAP, Apa Jadi Dengan Skandal KLIA2?


Ramai orang mungkin terlupa bahawa Tony Pua dan DAP telah berkali-kali menyerang pembinaan KLIA2 selama beberapa tahun – mengeluarkan banyak kenyataan secara berkala dan membuat tuduhan yang tidak terkira banyaknya.
Pada tahun 2011, Tony Pua mempersoalkan mengapa terdapat keperluan untuk membina fasiliti begitu banyak dan mengembangkan kapasiti KLIA2 daripada 30 juta kepada 45 juta penumpang setiap tahun yang menjadikan kos KLIA2 meningkat dua kali ganda daripada RM2 bilion kepada RM4 bilion.
Berulang kali beliau memanggilnya “Skandal KLIA2”, Tony Pua turut mempersoalkan mengapa terdapat keperluan untuk KLIA2 mempunyai kapasiti  45 juta penumpang sebagaimana menurut beliau LCCT dan KLIA yang sedia ada sudah mencukupi.
Tony Pua berkata LCCT dan terminal KLIA utama dipenuhi hanya 15.4 juta dan 18.7 juta penumpang masing-masing setahun.
Beliau menambah bahawa KLIA tidak pun memenuhi kapasiti trafik penuh, atau 25 juta penumpang setahun.
“Apa yang lebih penting bagi MAHB adalah untuk meningkatkan … lapangan terbang kita di rantau ini dan bukan taksub dengan segala yang besar,” kata Tony Pua.
Baiklah, KLIA2 dibuka pada tahun 2014. Tahun lepas pada 2016, KLIA2 mengendalikan 27.1 juta penumpang, pertumbuhan 3% daripada tahun sebelumnya.
Malah, terminal utama (KLIA) mengendalikan 25.5 juta penumpang, 12.8% lebih tinggi daripada tahun 2015. (Rujuk sini)
Trafik sudah pun meningkat sebanyak 10.5% dalam tempoh 3 bulan pertama tahun ini – yang bermaksud bahawa KLIA2 akan mencapai 30 juta penumpang tahun ini.
Jika Kerajaan telah mendengar cakap Tony Pua dan tidak meningkatkan kapasiti kepada 45 juta penumpang dan kekal pada 30 juta penumpang, industri pelancongan akan terganggu tahun ini – menyebabkan puluhan bilion ringgit hasil hilang tahun ini dan dalam tempoh beberapa tahun akan datang.
Tony Pua juga berulang kali berkata bahawa kos yang tinggi KLIA2 akan menjadikan MAHB kehilangan wang dan Kerajaan akan perlu untuk menyelamatkannya.
Sebaliknya MAHB telah membuat keuntungan sejak itu. Semalam, MAHB mengumumkan bahawa keuntungan bersih suku pertama melonjak hampir 4 kali ganda kepada RM62.01 juta daripada RM17.01 juta setahun lalu, disebabkan oleh trafik yang lebih tinggi di lapangan terbangnya. (Rujuk sini)
Satu lagi “skandal” rekaan DAP telah terbukti salah walaupun begitu ramai orang menyerang KLIA2 apabila ia mula-mula dibina.
Jangan sesekali mendengar kata DAP atau Tony Pua, mereka sentiasa bercakap karut, banyak berbohong dan apabila mereka terbukti salah, mereka tidak akan memohon maaf walaupun mereka memanggilnya “skandal” berulang kali selama beberapa tahun.
DAP dan Tony hanya berpura-pura tiada apa yang berlaku, sementara orang lain pun lupa dan hanya ingat bahawa “Kerajaan adalah membazir dan merompak” walaupun realitinya kini membuktikan bahawa Kerajaan telah membuat keputusan yang tepat dan berdiri teguh dengannya.
DAP tidak peduli bahawa tuduhan berbahaya dan berniat jahat mereka boleh membawa kepada kerugian berpuluh-puluh bilion dalam pendapatan setiap tahun. Jika itu berlaku kerana cadangan mereka, mereka hanya akan menyalahkan Kerajaan semula.
Oleh Lim Sian See / wakeup Malaya
 
Copyright © 2014 PenangKini.