BREAKING NEWS

Sunday, 7 May 2017

UNESCO tolak permohonan hak milik rejim Zionis ke atas Jerusalem

Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) meluluskan resolusi menganggap rejim Israel sebagai ‘kuasa menjajah’ dan menolak tuntutan kedaulatan ke atas keseluruhan Jerusalem al-Qud.
Resolusi yang diluluskan dengan 22 negara menyokong itu berkata, rejim Israel tidak mempunyai hak undang-undang atau dari segi sejarah di mana sahaja di Jerusalem al-Qud.
“Apa sahaja tindakan oleh rejim Israel, kuasa penjajah, untuk menguatkuasakan undang-undangnya, bidang kuasa atau pentadbirannya di Jerusalem adalah haram, batal dan tidak sah dalam apa saja keadaan,” kata resolusi itu.
Resolusi itu juga menyifatkan batal dan tidak sah apa sahaja keputusan oleh Parlimen Israel, mahkamah agungnya atau mana-mana pihak berkuasa rejim, berkaitan Jerusalem.
UNESCO juga mengecam tindakan rejim Zonis melakukan kerja-kerja menggali di sekitar Timur Jerusalem dan Bandar Lama.
Resolusi itu diluluskan, walaupun rejim Israel cuba mengenakan tekanan ke atas anggota PBB supaya mengundi menentang.
Tahun lalu, UNESCO meluluskan resolusi mengenai hak Palestin ke atas kawasan Masjidil Aqsa dan mengutuk Israel kerana melakukan provokasi di Tanah Suci ketiga umat Islam itu.
Rejim Zionis sejak berdekad lalu cuba mengubah demografi kawasan Jerusalem dengan membina penempatan baharu, memusnahkan tapak sejarah dan mengusir penduduk Palestin.
Palestin sedang berusaha untuk menjadi sebuah negara bebas dan berdaulat di Tebing Barat, termasuk menjadikan Timur Jerusalem dan kawasan diduduki di Semenanjung Gaza, sebagai ibu negara. – Agensi
 
Copyright © 2014 PenangKini.