BREAKING NEWS

Friday, 30 June 2017

Injuksi mahkamah halang tiga pembinaan jalan raya Pulau Pinang

Consortium Zenith Bukan ‘Syarikat UMNO’ Seperti Digambarkan DAP

zarul Consortium Zenith Bukan 'Syarikat UMNO' Seperti Digambarkan DAP
Adalah menarik apabila DAP Pulau Pinang kini telah mula menggambarkan Consortium Zenith, syarikat yang dianugerahkan projek terowong dasar laut dan projek 3 jalan raya bernilai RM6.34 bilion sebagai sebuah syarikat UMNO kerana Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat tersebut Zarul Ahmad Mohd Zulkifli berkata beliau adalah ahli UMNO.
Pada hakikatnya, Zarul dan anaknya, Ikhwan hanya memiliki kepentingan efektif 30.9% dalam Consortium Zenith melalui Zenith Construction dan Vista Lestari Sdn Bhd.
Selebihnya saham dimiliki oleh pelbagai individu melalui syarikat induk yang berlainan – kebanyakannya berada dalam Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang.
Oleh itu, Consortium Zenith tidak boleh dikatakan sebagai sebuah syarikat “UMNO”.
Zarul Ahmad baru-baru ini memberitahu pemberita bahawa beliau tidak akan menyaman Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, yang mengetuai pasukan komunikasi strategik Barisan Nasional, kerana mendakwa konsortium tersebut mengenakan caj kos perundingan berlebihan kerana beliau juga merupakan ahli UMNO di cawangan Sungai Besi di Kuala Lumpur.
Oleh Lim Sian See / Wake up Malaya

Projek Terowong Dasar Laut: SPRM Wajar Siasat segera

Dua EXCO kanan kerajaan DAP Pulau Pinang didesak memperjelaskan kenyataan bercanggah berhubung isu bayaran rundingan bagi pembinaan tiga jalan utama di bawah projek terowong dasar laut di negeri ini.

Desakan itu dibuat susulan kenyataan EXCO Kerajaan Tempatan, Tebatan Banjir dan Lalu Lintas negeri, Chow Kon Yeow berhubung isu berkenaan, yang didakwa bercanggah dengan jawapan dikemukakan EXCO Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan negeri, Lim Hock Seng, pada Sidang DUN 22 Mei lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong, Datuk Muhammad Farid Saad, berkata EXCO berkenaan perlu menjelaskan sama ada RM177.5 juta daripada RM209 juta yang dibayar kepada Zenith Construction itu termasuk bagi Kajian Impak Alam Sekitar (DEIA) projek terbabit atau sebaliknya.

“Saya menggesa kedua-dua EXCO ini tampil memberi penjelasan mengenai mana satu kenyataan yang benar dan boleh dijadikan rujukan.

“Jika kenyataan Kon Yeow adalah betul, maka Hock Seng sudah memberikan jawapan palsu kepada DUN Pulau Pinang dan perlu dikenakan tindakan kerana mengelirukan DUN,” katanya ketika dihubungi BH, di sini, hari ini.

Baru-baru ini, Kon Yeow dilapor berkata, bayaran penuh RM209 juta bagi projek terbabit merangkumi DEIA, biar pun Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) projek terbabit belum siap sepenuhnya.

Pada 22 Mei lalu, Hock Seng bagaimanapun mengemukakan jawapan pada sidang DUN Pulau Pinang bahawa jumlah bayaran penuh itu tidak termasuk kadar rundingan DEIA bagi projek mega itu.

- Bicara News

Lorong Pejalan Kaki Paling Indah di Dunia


Ada sebuah lorong pejalan kaki yang disebut-sebut paling indah di dunia terletak di Pulau Capri, sisi selatan dari Teluk Napoli.Lorong  itu bernama Via Krupp yang menghubungkan Charterhouse of San Giacomo dan kebun daerah Augustus dengan Marina Piccola.

Meskipun terkesan moden, 
 lorong pejalan kaki ini sebenarnya dibuat pada 1900 dan 1902 dengan jarak menegak 100 meter.  Lorong pejalan kaki itu mempunyai selekoh tajam dan beberapa yang masuk ke dalam batu-batu sehingga terkesan saling bertindih. Tidak hairan dengan keindahannya tersebut Via Krupp disebut " lorong pejalan kaki yang merupakan karya seni itu sendiri".

Setiap selekoh atau selekoh Via Krupp diatur selaras dengan permukaan tebing yang memberikan pemandangan berbeza, perspektif baru dan keindahan visual yang memanjakan mata. "Jalannya bergerak di lereng yang stabil namun orang-orang jalan tidak mengalami keletihan, baik saat berjalan naik atau turun, kerana mereka mencari pemandangan baru di setiap selekoh, pandangan baru dari langit atau pantai dalam setiap langkah yang menyegarkan diri," keterangan oleh penulis R . Pane. 
Lorong pejalan kaki itu digagas oleh ahli industri yang bernama Friedrich Alfred Krupp yang memerintahkan jurutera Emilio Mayer untuk pembangunannya. Friedrich yang berasal  dari Jerman sangat mencintai keindahan Pulau Capri di Itali ini dan selalu  tinggal di resort di sana. Rupanya itu yang memberinya idea untuk membuat jalan penghubung antara hotel beliau dan Marina Piccola.

Malangnya 
 lorong pejalan kaki indah tersebut juga mempunyai kisah tragis. Selepas Via Krupp selesai dibuat ternyata digunakan sebagai jalan rahsia menuju tempat pelacuran tempatan sehingga Friedrich diusir dari Itali pada 1902 setelah ketahui. Friedrich pun bunuh diri seminggu kemudian.

Sementara itu pada 1976 dan 2008, Via Krupp pernah ditutup kerana tanah runtuh. Namun kerana  kepopularnya, pelancong yang datang tetap mahu untuk melihat rupa Via Krupp dari dekat dengan menyelinap masuk pagar secara senyap-senyap.







Isu Saman DOJ Terhadap 1MDB : Skrip sama, Pengarah Berbeza


Oleh : Jebat

Aku terpanggil untuk memberikan sedikit ulasan berkenaan isu dakwaan DOJ ke atas 1MDB ini setelah membaca penerangan daripada pihak Mufti Wilayah Persekutuan dan juga melihat respon si butler pengangkat beg menteri dan pemakan dedak Qatar Foundation serta pandangan netizen yang lain.

1. Jika korang perasan, korang dapat perhatikan bahawa DOJ sekadar mendakwa namun tidak menyatakan nama pihak yang tertuduh. DOJ pun sekadar memberikan 'code name : MO1' kepada mereka yang disyaki terlibat dengan isu 1MDB. Melihat sikap DOJ yang tidak berani menamakan pelaku berkenaan, telah menimbulkan syakwasangka kepada aku, adakah ini satu lagi permainan pentadbiran Amerika ke atas negara Islam? Jika korang teringat akan dakwaan pentadbiran U.S ke atas Arab Saudi ketika berlakunya serangan pengganas 9/11. Pentadbiran U.S turut menggunakan kaedah yang sama dalam menimbulkan fitnah kepada Arab Saudi. 


2. Dalam laporan kongres berhubung insiden 9/11, 28 muka surat dalam laporan berkenaan 'dipadam & dirahsiakan' oleh pentadbiran U.S. Hanya pada 2016, setelah 13 tahun laporan berkenaan itu 'dipadam & dirahsiakan', akhirnya kongres U.S bersetuju memaparkan bagi 28 muka surat yang hilang tu kepada orang awam. Dan ternyata 28 muka surat berkenaan tidak mempunyai sebarang bukti kukuh yang menyatakan penglibatan Arab Saudi secara langsung dalam 9/11. Namun akibat daripada baki 28 muka surat yang 'dipadam & dirahsiakan' itu, selama 13 tahun Arab Saudi diftitnah oleh beberapa ahli kongres Amerika bahawa negara pengeluar minyak itu terlibat dalam aktiviti keganasan.

3. Dalam isu 1MDB, pentadbiran U.S nampaknya mereka menggunakan skrip yang sama namun 'pengarah' yang berbeza. Jika dahulu, 'pengarah' skrip pendakwaan ini datangnya dari Kongres Amerika, pada kali ini, 'skrip' mereka diarahkan oleh 'pengarah' yang datang dari DOJ. Namun jalan cerita mereka tetap sama : mereka membuat tuduhan, namun tidak menyatakan siapakah orang yang dituduh itu. Hal ini berlainan sekali dengan prinsip Islam. Dimana mereka yang menuduh perlu menyatakan secara terang siapakah yang mereka tuduh itu dan perlu membawa bukti yang boleh menyokong pertuduhan berkenaan. Jika tidak, ianya adalah satu fitnah.

4. Mengambil contoh krisis diplomatik di negara teluk yang terjadi baru-baru ini, diantara Qatar dengan negara-negara jirannya yang terdekat seperti Bahrain, UAE, Arab Saudi, termasuk Mesir dan Libya. Kesemua negara yang membuat pendakwaan ke atas Qatar menamakan secara jelas bahawa pemimpin tertinggi Qatar terlibat secara langsung dalam campur tangan dan krisis politik yang terjadi di negara-negara Arab terutama sekali ketika fenomena Arab Spring melanda rantau berkenaan. Kita dapat saksikan berapa banyak rakaman video dan audio risikan yang telah dikeluarkan oleh pihak yang mendakwa bagi menyokong hujjah mereka : Qatar dalang disebalik ketidakstabilan rantau Arab. 

5. Bagaimana pula dengan isu 1MDB. Apa bukti yang DOJ dah keluarkan untuk menyokong hujjah mereka? Ada korang pernah tengok mereka bawak keluar bukti berupa dokumen rasmi dari 1MDB atau dokumen yang berkaitan dengan 1MDB? Jawapannya tidak!

6. Malah saman yang dikemukakan oleh Husam Musa dan Mathias Chang kepada 1MDB di DOJ sendiri pun dah di gugurkan oleh mereka sendiri. Lebih menarik dan memelikkan ialah, Tony Phua pun turut memohon saman yang dikemukakan oleh PM Najib terhadap isu 1MDB ini, sedangkan selama ini dialah antara orang paling kuat menyabitkan isu 1MDB dengan Perdana Menteri. Bukan itu sahaja, dakwaan pihak-pihak tertentu bahawa pihak berkuasa Swiss sedang menyiapkan kertas pertuduhan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak juga dinafikan oleh pihak pendakwaraya Swiss sendiri. Malah tindakan DOJ membekukan aset syarikat filem Red Granite yang didakwa menggunakan dana 1MDB pun sudah ditarik balik.

7. Jadi ternyata kenyataan yang dikeluarkan oleh DOJ ini sekadar dakwaan bersandarkan maklumat kasar yang dikemukakan oleh Husam Musa dan Mathias Chang. Malah DOJ boleh dikatakan lebih teruk daripada Husam Musa dan Mathias Chang kerana tidak berani menyebut nama individu yang disyaki terlibat dalam isu 1MDB ini.

8. Malah dalam kes ini, aku nampak ada pihak buat-buat buta dengan isu penipuan yang dilakukan oleh Xavier Justo yang menjual dokumen palsu diantara Petro Saudi dengan 1MDB kepada editor The Edge. Malah ramai pulak buat-buat lupa bahawa Xavier Justo sendiri mengakui dokumen perjanjian diantara 1MDB dengan PetroSaudi adalah maklumat palsu dan telah diubah suai oleh editor The Edge dan juga Sarawak Reports.

9. Jadi soalnya sekarang ini, kenapa DOJ takut sangat nak namakan individu yang terlibat itu secara terang-terangan? Bukankah prinsip DOJ adalah transparens. Jadi mengapa tidak berani transparens dalam mengeluarkan tuduhan? Kenapa perlu mengeluarkan tuduhan secara samar-samar? Apa yang DOJ takutkan sangat?

10. Apa-apa pun kes ni memang aku berani katakan sebagai kes paling lawak. Sebab hebatnya PM Malaysia ni, sampai sekarang DOJ pun tak berani letakkan nama dia sebagai pihak yang dituduh.

Rujuk :


Congress releases secret '28 pages' on alleged Saudi 9/11 ties : http://edition.cnn.com/2016/07/15/politics/congress-releases-28-pages-saudis-9-11/index.html

13 Tahun Arab Saudi Menjadi Mangsa Fitnah Kongres Amerika : http://www.penaminang.com/2016/07/video-13-tahun-arab-saudi-menjadi.html#

Kertas Saman DOJ terhadap Red Granite : https://www.justice.gov/archives/opa/page/file/877166/download

Rujukan lain :

1. MalaysiaKINI : Tony Pua Mohon Batal Saman PM isu 1MDB 
https://www.malaysiakini.com/news/297958

2. CNBC : Saudi royal family gave Najib $681M 'personal donation' :
http://www.cnbc.com/2016/01/25/malaysia-attorney-general-saudi-royal-family-gave-najib-681m-personal-donation.html

3. US News : Saudi Arabia's foreign minister has said $681 million banked into the Malaysian Prime Minister Najib Razak's bank accounts was a "genuine donation." :
https://www.usnews.com/news/business/articles/2016-04-15/saudi-confirms-genuine-681m-donation-to-malaysian-pm

4. The Guardian : Malaysian prime minister cleared of corruption over $681m Saudi 'gift' :
https://www.theguardian.com/world/2016/jan/26/malaysian-pm-najib-razak-cleared-corruption-gift-saudi-royals

5. Global Research : Saudi Royal Family Gave $681M to Malaysian PM Who Banned Shia Islam : 
http://www.globalresearch.ca/saudi-royal-family-gave-681m-to-malaysian-pm-who-banned-shia-islam/5504643

6. BBC : Saudi gift to Malaysia PM Najib Razak 'for election campaign’:http://www.bbc.com/news/world-asia-35409424

7. Bloomberg : Singapore Says None of Its Banks Got $3 Billion of 1MDB Funds :
https://www.bloomberg.com/news/articles/2016-06-08/singapore-says-none-of-its-banks-got-3-billion-of-1mdb-funds

8. Business Standard : Saudi confirms 'genuine' $681 million donation to Malaysian PM Najib Razak :
http://www.business-standard.com/article/pti-stories/saudi-confirms-genuine-usd-681m-donation-to-malaysian-pm-116041500449_1.html

9. MalaysiaKini : Husam, Chang gugurkan saman berkaitan 1MDB di AS
http://www.malaysiakini.com/news/356848

10. Reuters : Swiss say Malaysian Prime Minister Najib not accused in 1MDB probe :
http://www.reuters.com/article/us-switzerland-malaysia-investigation-idUSKCN0VB2LJ

11. Straits Times : Swiss A-G: Malaysian PM Najib not a suspect in 1MDB probe : 
http://www.straitstimes.com/asia/se-asia/swiss-a-g-malaysian-pm-najib-not-a-suspect-in-1mdb-probe

12. MalaysiaKini : Xavier Justo sues The Edge Media Group owner for damages
http://www.malaysiakini.com/news/337461

13. Straits Times : 1MDB leak deal: Ex-PetroSaudi exec sues The Edge owner in Singapore court :
http://www.straitstimes.com/singapore/courts-crime/1mdb-leak-deal-ex-petrosaudi-exec-sues-the-edge-owner-in-singapore-court

14. Channel News Asia : Justo to sue parties he handed PetroSaudi data to in Singapore
: http://www.channelnewsasia.com/news/asiapacific/justo-to-sue-parties-he-handed-petrosaudi-data-to-in-singapore-8243394

15. The New Straits Times : The Edge owner fails in bid to strike out legal suit by Xavier Justo :
https://www.nst.com.my/news/2016/04/140834/edge-owner-fails-bid-strike-out-legal-suit-xavier-justo

16. Utusan : DoJ tarik sekatan terhadap Red Granite Pictures :http://www.utusan.com.my/mobile/berita/nasional/doj-tarik-sekatan-terhadap-red-granite-pictures-1.365849

17. The Star : Red Granite lawsuit dropped :http://www.thestar.com.my/news/nation/2016/09/25/red-granite-lawsuit-dropped-duo-move-to-voluntarily-dismiss-action-without-prejudice/

18. Hollywood Reporter : Red Granite Free of 'Wolf of Wall Street' Racketeering Lawsuit : http://www.hollywoodreporter.com/thr-esq/red-granite-free-wolf-wall-932160

19. Malaysia Kini : Xavier Justo sues The Edge Media Group owner for damages :http://www.malaysiakini.com/news/337461

Ini Sebab Kenapa Bas Warna Kuning


Pernahkah anda melihat Bas Sekolah berwarna selain kuning? Mungkin pernah tapi mesti hanya jarang-jarang, bukan? Mungkin ramai antara kita mungkin tidak begitu mengambil berat tentang kenapa Bas Sekolah berwarna kuning. Adakah warna bas itu kebetulan berwarna kuning atau ada sebab lain? 

Jawapannya warna kuning pada bas sekolah itu sudah merupakan standard Antarabangsa.

Menurut wikipedia, tokoh yang bertanggungjawab dalam membuat standard warna cat kuning pada bas sekolah adalah Dr Frank W. Cyr dari Universiti Columbia, New York, seorang penulis dan 
profesor.

Pada April 1939, beliau telah menganjurkan satu persidangan untuk menetapkan standard pembinaan bus sekolah kebangsaan untuk A.S, termasuk warna kuning untuk bas sekolah. Ia dikenali secara rasmi sebagai "National School Bus Chrome". 


Warna bas sekolah ini telah diterima NIST (National Institute of Standards and Technology) sebagai standard dan sehingga kini standard itu telah banyak diikuti oleh negara-negara lain juga.

Jadi, mengapa warna kuning
 dipilih? Kenapa tidak warna lain seperti hitam, putih atau hijau? Berikut ini adalah sedikit penjelasannya.


Ternyata warna kuning yang digunakan sebagai cat bas yang dipadukan dengan tulisan "Bas Sekolah" yang berwarna hitam itu dipilih kerana ianya warna yang
 paling mudah untuk dilihat di tengah-tengah kegelapan awal pagi.




Bas sekolah di Jepun

Selain itu, warna kuning pada bas juga penting dari sudut keselamatan kerana menurut kajian saintis, manusia akan lebih mudah untuk melihat objek 1.24 kali tinggi jika warnanya adalah kuning berbanding objek berwarna merah atau warna lain. Jadi tidak hairan bukan jika penanda di jalan juga banyak berwarna kuning bukan warna lain.

Jadi sebab itulah sebab kenapa bas sekolah berwarna kuning, walaupun di Malaysia masih ada yang tidak berwarna kuning, ada yang berwarna biru atau warna lain.

Kemudahan Tentera Beijing Di Laut China Selatan Hampir Siap

WASHINGTON: Tiga kemudahan tentera Beijing di beberapa terumbu karang yang dipertikaikan di Laut China Selatan hampir siap untuk menerima aset ketenteraan, termasuk pelancar peluru berpandu mudah alih, lapor badan pemikir Amerika Syarikat.

Menerusi analisa gambar satelit, Inisiatif Ketelusan Maritim Asia (AMTI) berkata, pangkalan Terumbu Fiery Cross Beijing di Kepulauan Spratly sudah mempunyai 12 pelindung berbanding empat pada Februari lalu dengan bumbung bergerak yang boleh menempatkan pelancar peluru berpandu.

China turut memperluaskan teknologi komunikasi dan radar dengan kewujudan beberapa menara di pangkalan Fiery Cross, Subi dan Terumbu Mischief.

Kini, pembinaan baharu empat struktur bawah tanah yang sangat besar di setiap terumbu sedang dilaksanakan dan AMTI berkata, kemungkinan besar ia direka untuk menempatkan peluru dan barangan penting lain.

"Pembinaan infrastruktur ketenteraan dan untuk kegunaan lain di 'Big 3' hampir selesai manakala pembinaan kemudahan tentera laut dan udara, radar serta pertahanan yang dipantau AMTI sejak dua tahun lalu sebahagian besarnya siap," kata kumpulan itu.

"Beijing kini boleh meletakkan aset tentera termasuk pesawat tempur dan pelancar peluru berpandu bergerak di Kepulauan Spratly pada bila-bila masa."

AMTI yang juga sebahagian daripada Pusat Kajian Strategik dan Antarabangsa di Washington berkata, tiga pangkalan udara itu dan yang keempat di Pulau Woody di Kepulauan Paracel akan membolehkan pesawat tentera China beroperasi hampir di seluruh Laut China Selatan. - AFP/BH Online

DAP Pengkianat Negara bila undang campurtangan Negara Asing di Malaysia

Tindakan Guan Eng bercakap bahawa Amerika Syarikat boleh guna tentera, bukannya saman untuk jatuhkan kerajaan membuktikan Ketua Menteri DAP itu seorang pengkhianat dan penderhaka kepada negara.

“Saman sivil itu difailkan di AS, bukan di Malaysia. Jangan cuba kelirukan rakyat. Jika AS mahu mengawal Malaysia, ia mempunyai kuasa ketenteraan untuk berbuat begitu,” kata Lim Guan Eng dalam satu sidang media pada 29 Jun 2017.

Kenyataan Guan Eng yang disiarkan dalam Malaysian Insight ini menyerlahkan sikap tidak patriotik dan sayang tanah air yang ada pada anak Kit Siang itu. DAP adalah parti yang penuh dengan sikap pentingkan kroni dan peribadi, bukannya demi negara dan rakyat.

Guan Eng kena sedar, yang merompak dan menyeleweng duit rakyat di Pulau Pinang adalah diri dia sendiri. Pulau Pinang sudah menjadi negeri yang gagal di bawah pentadbiran Guan Eng.

Sampai ke hari ini, sudah hampir sebulan. Guan Eng masih belum menjawab persoalan persoalan yang ditanya oleh Pasukan Komunikasi Strategik Barisan Nasional pada 3 Jun 2017.

Lain yang ditanya. Lain yang dijawab. Situasi putar belit Guan Eng ini juga berlaku ketika awal skandal banglo dulu.

Guan Eng tidak jawab kenapa dan bagaimana boleh beli banglo mewah itu di bawah harga pasaran. Guan Eng jawab rumah tiada kolam renang, ajak minum kopi dan ajak wartawan datang rumahnya.

Jawapan sebegitu tidak menyelamatkan Guan Eng. Malah mendedahkan sikap putar belit Guan Eng.

Semasa mula mula menjadi Ketua Menteri DAP di Penang dulu, Guan Eng bila ditanya kenapa tidak mahu duduk di rumah yang sudah disediakan kerajaan.

Guan Eng jawab ada musang, tikus dan macam macam lagi. Akhirnya, Guan Eng kantoi juga. Bukan itu jawapannya. Sebenarnya Guan Eng sudah mahu beli banglo di Jalan Pinhorn.

Bila ditanya mengapa banjir di Penang tidak boleh diselesaikan dalam masa 9 bulan seperti yang dijanjikan? Guan Eng bagi jawapan kerajaan pusat tidak beri duit. Namun bila sudah dapat RM150 juta. Banjir tidak selesai juga.

Sebulan yang lepas, Guan Eng ditanya tentang status 51 projek yang gagal dilaksanakan di Penang. Guan Eng gunakan pihak lain untuk jawab, BN juga yang dipersalahkan.

Kali ini, Guan Eng kena jawab 5 soalan sahaja dari Pasukan Komunikasi Strategik BN. Jawapan yang diminta pun mudah. Ya atau tidak sahaja. Mengapa susah sangat hendak jawab.

Guan Eng jawab Pulau Pinang hanya mencatatkan pendapatan sebanyak RM657.6 juta dari jualan tanah bagi tempoh 2008 hingga 2015. Ini jawapan yang kontradik, ini kerana
penjualan tanah kerajaan negeri di Bayan Mutiara dengan harga RM1.07 bilion pada 2011.

RM484 juta di Batu Kawan dijual kepada Aspen Vision pada 2014. 16 Disember 2016, YAB Lim turut dilaporkan mengesahkan Perbadanan Kemajuan Pulau Pinang (PDC) berjaya menjual tanah berharga RM1.94 bilion bagi tempoh 2008 hingga 2015.

Jumlah semua ini adalah RM3.49 billion, Guan Eng bagi jawapan RM657.6 juta sahaja. Nampak sangat kontradiknya. Samalah juga bila ditanya mengapa tanah dijual tanpa tender di Jalan Peel, Guan Eng menyalahkan MOF pula dalam kes itu.

Jawapan banglo Pinhorn, jawapan kenapa tidak duduk di rumah kerajaan, jawapan masalah banjir, jawapan 51 projek, jawapan tanah Jalan Peel, jawapan jumlah hasil tanah dan syarikat perunding terowong ini mencerminkan gaya putar belit Guan Eng.

DAP juga masih belum menjawab bagaimana pendapatan syarikat terowong cuma RM51.8 juta tetapi untung RM61.5 juta. Pelik, mana datang lagi RM9.7 juta itu? Duit apa?

Malulah sama, maklumat sekarang di hujung jari rakyat. Semua orang boleh nilai jawapan jawapan dari Guan Eng itu. Semuanya hanya putar belit sahaja. Jawapan tidak dijawab tetapi sibuk undang campurtangan asing untuk jatuhkan kerajaan Malaysia.

DAP dan Guan Eng memang pengkhinat kepada negara. Pulau Pinang habis digadai dan digondol. Rakyat Pulau Pinang harus bersuara desak Guan Eng letak jawatan dulu.

Kes dan skandal rasuahnya masih belum selesai. Guan Eng tidak layak bercakap soal DoJ dan hal hal lain. Jawab dulu hal di Pulau Pinang, sebelum hendak undang campurtangan asing di negara ini.

Guan Eng jangan menyibuk menjadi pengkhianat mengalih isu DoJ untuk menutup skandalnya sendiri di Pulau Pinang. Perbuatan menggadai dan mengondol tanah adalah perbuatan khianat terhadap kepercayaan yang diberikan oleh rakyat menerusi sistem demokrasi.

Oh ya, ramai terlupa. Setahun yang lepas, 29 Jun 2016, Guan Eng ditahan kerana skandal banglo. Pasti Guan Eng tengah risau kini. Menunggu saat dibicarakan. Oleh kerana tidak mahu rakyat ingat kes itu, maka Guan Eng menyibuk hal DoJ.

Rakyat kena hukum Ketua Menteri DAP yang bersikap pengkhianat ini dalam PRU14. Jangan bagi peluang lagi pada DAP.

Tulisan :
Beruang Biru
BB483, Jumaat
30 Jun 2017

Drama Kerajaan DAP Pulau Pinang, siapa berbohong lebihan bayaran 400% fi konsultan projek lebuhraya & terowong



 Exco Pulau Pinang, Chow Kon Yeow pada 24 Jun lalu mengesahkan fi yang dibayar sebanyak RM177.5 juta dan didakwa terlebih bayar beratus juta Ringgit kepada konsultan, merangkumi kos bagi Kajian Terperinci Impak Alam Sekitar atau DEIA.

Namun, rakan Exco Pulau Pinang, juga dari DAP, Lim Hock Seng pada 22 Mei 2017 mengesahkan pembayaran dibuat berjumlah RM220 juta TIDAK termasuk fi DEIA.

"Sekarang, persoalan timbul siapa yang berbohong," kata Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BNSC), Datuk Eric See-To dalam satu kenyataan semalam.

"Bagi laporan lain dan kajian disenaraikan Kon Yeow, BNSC berpendapat kebanyakan laporan dan kajian disenaraikan adalah komponen sampingan bagi kajian kebolehlaksanaan dan kos terperinci rekabentuk terperinci, di mana Kerajaan Pulau Pinang sudah membayar penuh dengan harga melampau.

"Sebagai contoh, bagaimana anda menyiapkan kajian kebolehlaksanaan jika tiada kerja ukur tanah atau kajian kebolehlaksanaan kewangan, impak lalulintas dilakukan," soalnya lagi.
Kerajaan Pulau Pinang digesa berhenti berbohong kepada rakyat dan mengakui kos RM11 juta bagi setiap kilometer bagi fasa pra pembinaan adalah sangat melampau.

"Berikut adalah contoh fi pra pembinaan sebagaimana dinyatakan oleh kerajaan Pulau Pinang:
1. Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu ke pintasan Air Itam sepanjang 5.70km menelan belanja RM851 juta atau RM149 juta setiap kilometer.

2. Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu ke Persiaran Gurney sepanjang 4km menelan kos RM757.9 juta atau RM189 juta bagi setiap kilometer.

RM136 juta 'terlebih' bayar. Bukan sedikit.

SUMBER : My Nation News

tak boleh namakan Perdana Menteri tetapi boleh pula namakan Menteri Besar Kelantan

MENYOKONG Pakatan ini memang hanya terdaya dilakukan oleh orang yang kurang IQnya, jenis otak ada tapi jarang guna.  Ini terbukti dengan semalam bila Kit Siang dilaporkan bersetuju Husam jadi Menteri Besar Kelantan selepas PRU14 yang akan datang kelak.

Aneh, bila ditanya siapa bakal Perdana Menteri, masing-masing pakat beri alasan TUNGGU menang dulu, tapi boleh pulak namakan MB Kelantan SEKARANG, apa tak tunggu menang dulu ke?

Sebab itu penulis kata hanya orang bodoh saja mampu sokong Pakatan.  Orang waras tak mampu menanggung sikap pemimpin yang macam ini, kejap cakap macam itu, kejap cakap macam ini, entah mana satu betul.

Begitupun, rakyat perlu melihat 2 perkara dari kenyataan ini.

Pertama, DAP membuktikan bahawa mereka, bukan Mahathir atau Anwar (jauh lagi Azizah) yang akan menguasai Pakatan KALAU puak-puak ini menang dalam PRU14.  Sehinggakan di negeri yang DAP tidak bertanding pun, parti itu berhak menentukan siapa Menteri Besar seterusnya – belum pun menang lagi.

Kedua, bahawasanya kegagalan Pakatan menamakan bakal Perdana Menteri mereka sekarang, bukan sebab tunggu menang dulu – itu hanya satu penipuan.  Sebenarnya puak-puak ini cukup takut kalau dinamakan sekarang, ia akan membawa perpecahan sesama mereka sendiri sebelum PRU datang.

Masing-masing tahu Mahathir menubuhkan parti sendiri dan menyertai Pakatan bukan sebab rakyat tapi mahu lantik dirinya sendiri sebagai Perdana Menteri.  Jijik punya perancangan tu tapi sebab menyangka Mahathir boleh digunakan untuk menjauhkan undi Melayu dari UMNO/BN, jijik jijik pun telan jugaklah.

Nilai sendirilah, inikah rupanya puak-puak yang nak diangkat menjadi kerajaan di peringkat persekutuan ni – menipu rakyat tak habis-habis?  Negara ini terlalu kompleks untuk ditadbir oleh orang-orang tidak ada otak seperti ini dan rakyat tidak harus membenarkannya berlaku sama sekali.

MYKMU

Penduduk Balik Pulau jadi setinggan di tanah sendiri


BILA nasi sudah menjadi bubur, air mata darah pun tidak berguna lagi. Memang kita kesian dengan nasib orang-orang Melayu di Pulau Pinang setelah mereka mengundi DAP dalam Pilihan Raya Umum ke 13 yang lalu.

Namun ini lah pengajaran yang terbaik bagi mereka.Sekiranya mereka tidak menjadi setinggan di tanah mereka sendiri maka mereka tidak akan sedar bahawa DAP merupakan pemerintah yang zalim dan kejam terhadap orang Melayu yang beragama Islam.

Hari ini bekas ahli parlimen PKR, Yusmadi Yusoff. menegaskan bahawa masyarakat tempatan Balik Pulau memerlukan satu rancangan pembaharuan tanah, dan bukannya kenyataan yang dibuat oleh ahli politik untuk kepentingan mereka sendiri.

“Apa yang berlaku hari ini adalah bahawa penduduk di Balik Pulau dituduh menjadi penduduk setinggan di tanah sendiri.

“Ini adalah orang yang sama ke sekolah atau masjid bersama saya, tetapi sekarang mereka menjadi penduduk setinggan,” kata peguam itu yang pernah menjadi wakil rakyat Balik Pulau, selama sepenggal iaitu antara tahun 2008 dan 2013.

Kawasan hijau di bandar itu kini semakin terancam disebabkan pelbagai projek pembangunan tidak terancang. Sebelum ini kawasan itu merupakan kawasan hijau yang bersih dengan kampung-kampung tradisional terpelihara dengan baik selain kebun buah-buahan dan sawah padi.



Perkara penting yang perlu diberi pengkhususan sekarang adalah berkenaan kampung-kampung Melayu yang berterusan menjadi mangsa kerajaan DAP Pulau Pinang. Kampung-kampung tersebut dirobohkan manakala penduduk pula diusir.

Orang Melayu Pulau Pinang kini merempat di tanah sendiri. Mereka perlu melakukan perubahan drastik pada PRU14 kelak dengan memastikan Barisan Nasonal mengambil alih semula negeri tersebut bagi memastikan kepentingan semua rakyat Malaysia akan terpelihara.


Mhathir Panik, Pengadu DOJ Bakal ditangkap?

BUKAN lagi rahsia bahawa pengumuman Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat baru-baru ini berdasarkan kepada aduan yang dibuat oleh beberapa pihak dengan bermotifkan politik mahu mengulingkan kerajaan Malaysia bagi memastikan kepentingan peribadi serta politik mereka tercapai.

Cuma identiti pengadu tersebut telah dibongkar oleh beberapa buah portal. Perkara ini mengundang serangan panik dikalangan dalang yang merancang pemberontakan atau dengan lebih tepat pengkhianatan memandangkan mereka boleh dikenakan hukuman berat atas kesalahan tersebut.

Konspirasi berlaku apabila dua orang atau lebih bertindak secara terancang untuk melakukan jenayah. Dan konspirasi untuk menghancurkan negara dan/atau perdana menteri dengan niat untuk melunturkan keyakinan orang awam dan asing kepada negara dan merosakkan ekonomi negara sama dengan sabotaj ekonomi.

Ia merupakan perbuatan khianat dan mereka boleh didakwa dengan tuduhan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong, jenayah yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan,

Pengumuman DoJ tidak tertumpu kepada perkara utama iaitu mengenai jenayah yang didakwa dilakukan di bumi Amerika Syarikat. Sebahagian besar kenyataan DOJ pada 20 Julai menyebut tentang apa yang berlaku secara dalaman di Malaysia, dan sebahagiannya tidak mempunyai kaitan dengan subjek sama ada jenayah telah dilakukan di bumi Amerika Syarikat seperti didakwa.

Tindakan undang-undang terbaharu yang difailkan DoJ Amerika Syarikat untuk mendapatkan kembali aset-aset yang didakwa diseleweng dari 1MDB sememangnya langsung tidak masuk akal memandangkan sudah berkali-kali 1MDB menegaskan bahawa syarikat tersebut tidak hilang sebarang aset dan duit.

Mahathir dilihat sedar bahawa perancangan beliau bakal gagal lagi apabila baru-baru ini belia membuat kenyataan bahawa terdapat beberapa tanda-tanda atau usaha untuk membina kes bagi menangkap dan menahan pemimpin pembangkang. Penahanan pemimpin pembangkang akan mengucar-kacirkan parti.

Kini rentak Mahathir terlalu mudah dibaca. Beliau seolah-olah panik dan gusar akan ditangkap atas kesalahan pengkhianatan terhadap negara. Nampaknya kifarah tidak mampu lagi dielakan. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.

MYKMU

Nyahtarif insurans kenderaan bebankan pengguna, kata CAP

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) khuatir nyahtarif insurans kenderaan yang akan bermula 1 Julai akan memaksa pengguna membayar lebih untuk skim perlindungan kenderaan.
Presiden S M Mohamed Idris merujuk kepada laporan memetik Persatuan Aktuari Malaysia (ASM) yang bersetuju kadar premium dijangka meningkat bagi perniagaan kenderaan, “yang akan menghasilkan penambahbaikan nisbah kerugian kenderaan” daripada mengalami kerugian semasa atau kedudukan pulang balik modal.
“Nyahtarif akan secara tidak sengaja menghukum pemandu yang baik oleh beberapa faktor, terutama sekali berdasarkan jantina, usia, perbatuan kereta dan pekerjaan pemandu,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Nyahtarif memansuhkan struktur tarif seragam yang diselia Bank Negara Malaysia (BNM) dan membolehkan syarikat insurans menetapkan harga produk insurans kenderaan sendiri.
Menurut Idris, ia sebahagian daripada usaha meliberalisasikan industri insurans kenderaan yang diumumkan pada April 2017.
Dikatakan dengan ini, pengiraan premium insurans kenderaan akan ditentukan berdasarkan risiko – semakin tinggi risiko pemandu mengalami kemalangan, semakin tinggi harga insurans yang ditetapkan.“Terdapat 27.61 juta kenderaan berdaftar di negara ini pada 2016 dan kesan nyahtarif ke atas setiap individu yang memiliki lesen kenderaan tidak dapat dibayangkan,” kata Idris.
Sebagai ganti nyahtarif, BNM digesa memperkenalkan Skim Liabiliti Tanpa Kesalahan (NFL) yang dicadangkan CAP pada 2010. Menurut Idris, kos NFL lebih rendah berbanding kebanyakan polisi insurans kenderaan semasa malah menangani masalah pengguna dengan skim insurans semasa.
Tambahnya, BNM sebenarnya sudah mengenal pasti senarai masalah yang dihadapi pengguna seawal 2007, seperti:
  • Akses yang tidak mencukupi terhadap perlindungan insurans pihak ketiga, terutama sekali bagi kenderaan perdagangan dan lama.
  • Proses penyelesaian tuntutan yang panjang.
  • Premium yang tidak disemak semula sejak 1978.
  • Syarikat insurans enggan untuk menawarkan perlindungan insurans pihak ketiga memandangkan premium tidak mencukupi.
  • Risiko mangsa kemalangan tidak menerima sebarang pampasan atau tidak mencukupi.
Menurut Idris, sistem semasa berasaskan kepada prinsip “corrective justice”, yang menyebabkan tidak semua mangsa yang cedera dalam kemalangan kenderaan menerima pampasan, disamping pengguna terpaksa mengeluarkan wang sendiri sebelum menerima pampasan.
“Dengan nyahtarif, tiada penambahbaikan ketara terhadap masalah yang dikenal pasti oleh BNM pada 2007. Amat mengejutkan bahawa BNM berterusan menyokong syarikat insurans bukannya orang ramai,” kata Idris.
Mengenai NFL, Idris mendakwa terdapat konsensus antara CAP, BNM dan pejabat peguam negara bahawa ia lebih baik dalam membantu mangsa kemalangan.
Antara kelebihannya ialah bayaran pengurusan dan guaman syarikat insurans dijangka berkurang memandangkan tiada lagi keperluan untuk membuktikan kesalahan, tiada lagi sebarang komisen kepada ejen, dan premium sedia ada sudah mencukupi.
“Pembiayaan juga boleh diperolehi daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) kerana ia juga menangani tuntutan pekerja yang cedera dalam waktu kerja, termasuklah perjalanan pergi dan balik dari tempat kerja mereka.”
CAP menggesa Malaysia mencontohi Australia, Amerika Syarikat dan Kanada yang melaksanakan EFL. Menurut Idris, Malaysia sebenarnya mempunyai kepakaran untuk mereka bentuk dan melaksanakan skim seperti NFL iaitu skim Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sejak 1971.
“Pada hakikatnya, BNM berminat untuk melaksanakan NFL sehinggalah pada 2010 apabila BNM mengumumkan Rangkakerja Perlindungan Kenderaan Asas (BMCF).”

Imigresen mula tangkap PATI malam ini

PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen akan memulakan operasi besar-besaran menahan pendatang asing tanpa izin (PATI) bermula malam ini, selepas tamat tempoh permohonan kad sementara atau “Enforcement Card” (E-Kad).
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, tangkapan itu tidak terhad kepada PATI, sebaliknya turut membabitkan majikan yang degil mendaftarkan pekerja mereka.
Katanya, PATI yang ditahan akan ditempatkan di depot tahanan sebelum diusir dari Malaysia dan nama mereka disenarai hitamkan.
“Bermula tengah malam ini, gerak gempur besar-besaran akan imigresen lakukan kerana tindakan itu kita sudah maklumkan lebih awal.
Ia dilakukan di seluruh negara, di mana ada PATI, di situlah kita akan tangkap. Apabila kita katakan PATI, ia termasuk majikan. Majikan boleh diambil tindakan kerana melindungi PATI.
“Majikan yang ditahan jangan salahkan imigresen khususnya dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana peluang sudah banyak diberi sejak 15 Februari lalu,” katanya pada sidang media di Jabatan Imigresen, hari ini.
Majikan yang melindungi PATI boleh didakwa di bawah Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 yang membawa denda minimum RM10,000 atau penjara.

Program E-kad yang dikeluarkan secara percuma itu bertujuan mendaftar dan membolehkan PATI mendapat permit kerja selepas melalui beberapa prosedur ditetapkan KDN.
Mengulas lanjut, Mustafar sekali lagi menyuarakan kekecewaan terhadap sikap majikan kerana program E-kad gagal mencapai sasaran ditetapkan, iaitu 400,000 hingga 600,000 PATI.
“Inilah budaya dalam negara kita, suka lakukan sesuatu perkara di saat akhir. Hari ini adalah hari terakhir E-kad dilangsungkan dan saya tegaskan ia tidak akan disambung.
“Dari 15 Februari tahun ini sehingga jam 8 pagi tadi, seramai 155,680 PATI kita daftarkan untuk E-kad. Majikan yang mendaftar seramai 26,957 dan E-kad yang dikeluarkan sebanyak 140,746,” katanya.
Sehingga kini, bilangan pemohon E-kad terbesar adalah PATI dari Bangladesh, diikuti Indonesia, Myanmar dan Nepal.

ISU KONTRAK PENGENDALI MAKANAN KANTIN POLITEKNIK SEBERANG PERAI (PSP)

Thursday, 29 June 2017

Kerajaan Persekutuan Belanja RM1.4 Bilion Untuk Penjagaan Kesihatan Berkualiti Di Pulau Pinang

GEORGE TOWN, 29 Jun (Bernama) -- Sebanyak RM1.4 bilion telah diperuntukkan oleh kerajaan persekutuan bagi tempoh 2008 hingga 2017 dalam memastikan penduduk Pulau Pinang mendapat penjagaan kesihatan yang berkualiti, kata Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Pulau Pinang Datuk Seri Zainal Abidin Osman.

 Beliau berkata peruntukan itu adalah antara pelaburan berbilion ringgit yang telah dikeluarkan kerajaan persekutuan untuk melaksanakan pelbagai bantuan dan kemudahan asas demi kesejahteraan masyarakat bandar dan luar bandar di negeri pimpinan DAP itu.

 "Aspirasi kerajaan persekutuan dalam pembangunan negeri Pulau Pinang sentiasa berpaksikan kepada keperluan dan kepentingan rakyat," katanya melalui buku Inisiatif, Peruntukan dan Ikhtiar Murni Kerajaan Persekutuan Demi Mensejahterakan Rakyat Pulau Pinang Pencapaian Tahun 2008-2017.....

Pecat JKKK, Dap Pulau Pinang Buli PKR

Wednesday, 28 June 2017

2 EXCO PP perlu perjelas kenyataan bercanggah

Isu tamatkan kontraktor makanan Politeknik Seberang Perai selesai - Kamalanathan

KUALA LUMPUR – Empat kontraktor di Politeknik Seberang Perai telah ditamatkan perkhidmatan makanan serta merta kerana melanggar terma dan syarat yang ditetapkan.
Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan berkata, adalah tidak benar dakwaan penamatan kontrak itu hanya melibatkan kontraktor India sahaja

PCM Tuntut Penjelasan Guan Eng Berhubung Bayaran Projek Terowong Dasar Laut

Tindakan Kerajaan DAP P.Pinang Enggan Ambil JKR Kaji Jalan Dipersoal

Friday, 23 June 2017

AMANAH & Datuk Fadzil Mohd Noor



Bersempena ulang tahun kematian Almarhum Datuk Fadzil Mohd Noor pada 23 Jun 2002, hari ini, 23 Jun 2017, beberapa pemimpin AMANAH kelihatan mencoretkan semula pengalaman peribadi mereka bersama Almarhum, sudah tentu bersama niat tersirat untuk menunjukkan bahawa perjuangan mereka adalah selari dengan perjuangan Almarhum.
Seperti yang pernah saya beberapa kali sebutkan sebelum ini, perjuangan Almarhum Datuk Fadzil Mohd Noor sebenarnya adalah jauh berbeza dari perjuangan AMANAH sekarang, kerana Almarhum nyata mempunyai ketegasan mempertahankan prinsip perjuangan parti yang Almarhum ketuai, khususnya yang membabitkan agenda perlaksanaan syariat.
Almarhum Datuk Fadzil Mohd Noor-lah yang mempengerusikan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Harian PAS Pusat pada 7 Julai 2001 yang membuat satu keputusan penting yang mendorong DAP menarik diri dari Barisan Alternatif (BA), satu pakatan politik yang dianggotai oleh PAS, PKN, DAP dan PRM sejak tahun 1999, pada 22 September 2001.
Keputusan penting yang tercatat kemas dalam lipatan sejarah ini adalah berbunyi bahawa “PAS tidak akan mengorbankan prinsip perjuangan dan undur ke belakang semata-mata untuk melayan kehendak Parti DAP” dan bahawa “prinsip (menegakkan Negara Islam) ini akan dipertahankan walaupun terpaksa kehilangan Parti DAP di dalam pakatan BA”.
Ketegasan mempertahankan prinsip perjuangan parti ini dikekalkan oleh Almarhum Datuk Fadzil Mohd Noor sehingga ke akhir hayat di mana sehingga Almarhum pergi mengadap Ilahi pada 23 Jun 2002 sekalipun DAP kekal berada di luar BA sehinggalah DAP dan PAS, juga PKR, kembali bekerjasama selepas berlangsungnya Pilihan Raya Umum 2008.
Ucapan dasar terakhir Almarhum Datuk Fadzil Mohd Noor pada Muktamar Tahunan PAS pada 31 Mei 2002 juga cukup tegas: “Agenda perlaksanaan syariat adalah agenda terpaling mulia dan maha besar yang perlu disegerakan oleh seluruh pimpinan negara ini. Ia adalah ibadah dan jihad yang paling awla (utama) yang perlu didepani oleh seluruh umat ini.”
Pada peringkat peribadi, Almarhum Datuk Fadzil Mohd Noor pernah menulis kata-kata aluan di dalam salah sebuah buku saya kira-kira sebulan sebelum Almarhum pergi mengadap Ilahi, iaitu pada 20 Mei 2002, di mana kata-kata aluan Almarhum di dalam buku ini juga menjadi bukti jelas mengenai hala tuju terkini PAS jika Almarhum masih ada.
Tulis Almarhum Datuk Fadzil Mohd Noor di dalam buku saya ini: “PAS sebagai wadah politik Islam dan sentiasa ke hadapan dalam soal penegakan Negara Islam telah maju setapak lagi bagi merealisasikan negara ini sebenarnya menjadi Negara Islam dengan dua buah negeri yang dikuasainya diperkenalkan Enakmen Syariah yang di dalamnya terkandung Hudud dan Qisas untuk benar-benar menepati negeri-negeri berkenaan menegakkan daulah Islamiah.”
Jika benar perjuangan AMANAH diasaskan kepada perjuangan Almarhum Datuk Fadzil Mohd Noor, saya cabar pemimpin AMANAH menyebut apa yang Almarhum sebut ini, iaitu bahawa, jika AMANAH berkuasa, AMANAH juga akan memperkenalkan Enakmen Syariah yang di dalamnya terkandung Hudud dan Qisas di negeri-negeri yang dikuasainya!





Pemuda UMNO sokong penubuhan RCI unutk menyiasat kerugian urusniaga FOREX oleh Bank Negara



Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia , Senator Khairul Azwan Harun hari ini tampil mewakili Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menyatakan sokongan terhadap penubuhan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) khusus dalam usaha menyiasat kerugian urusniaga FOREX oleh Bank Negara Malaysia yang berlaku lebih dari 25 tahun yang lalu.

Pemuda UMNO menyambut baik dan mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan atas penubuhan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) bagi menyiasat aktiviti urusniaga tukaran wang asing (FOREX) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada sekitar tahun 1980an dan 1990an.

Pemuda UMNO pada 6 Februari 2017 yang lalu telah mencadangkan kepada pihak kerajaan bagi penubuhan RCI tersebut termasuk untuk menyiasat sama ada telah wujud usaha 'cover up' terhadap kerugian sebenar waktu itu.

Pemuda UMNO amat yakin bahawa RCI yang dibentuk ini akan dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik dan telus seterusnya mampu untuk merungkai isu tersebut yang telah berlanjutan sejak sekian lama.

Senator Khairul Azwan Harun                                                                                          
22 Jun 2017










Dr Tan Seng Giaw Bidas Guan Eng kononya beliau sukar dihubungi

 “Susah sangatkah untuk menghubungi saya?”.

Itu adalah soalan yang ditanya oleh Ahli Parlimen Kepong, Dr Tan Seng Giaw, yang diberitahu bahawa terdapat laporan berita yang mengatakan beliau tidak dapat dihubungi.


“Susahkah untuk hubungi saya. Kamu dapat hubungi saya. Berapa kali kamu menefon saya? Sekali, dan kamu dapat bercakap dengan saya. Saya tidak dapat lihat bagaimana saya tidak dapat dihubungi. Saya telah menjawab soalan kamu,” 

Dr Tan berkata demikian sebagai maklum balas kepada dakwaan Ketua Menteri Pinang, Lim Guan Eng bahawa Dr Tan tidak dapat dihubungi sejak awal tahun ini.

Perkara itu diberitahu Lim semasa ditanya oleh wartawan mengenai status Facebook Dr Tan yang berkata Balik Pulau kini kekurangan kawasan hijau.

“Kita mengelilingi Pulau Pinang hari ini. Kita melihat pantai berubah dan kehijauan Balik Pulau kurang. Kependudukan 850,000 memerlukan rumah dan kerja,” tulisnya.

Lim tidak mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Geely Boyue SUV Proton Pertama





Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pagi ini menyaksikan tandatangan perjanjian kerjasama strategik antara DRB-Hicom Bhd. (DRB-Hicom) dan Zhejiang Geely Holding Group (Geely) yang menyaksikan syarikat dari China itu memuktamadkan pembelian 49.9 peratus kepentingan Proton Holdings Bhd. (Proton) yang dimiliki oleh DRB-Hicom.

Turut hadir pada majlis tandatangan yang diadakan di sini itu ialah Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Duta Besar China ke Malaysia, Huang Huikang.

DRB-Hicom diwakili oleh Pengerusinya, Tan Sri Mohd. Khamil Jamil dan Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Seri Syed Faisal Albar sementara Geely diwakili oleh Pengerusinya, Li Shufu dan Presiden, An Conghui.

Tandatangan perjanjian itu adalah sebagai memuktamadkan persetujuan Geely untuk membeli kepentingan Proton dan jenama kereta berprestasi tinggi milik Proton, Lotus pada 24 Mei lalu.

Dalam majlis itu juga, kenderaan utiliti sukan (SUV) Geely Boyue turut dipamerkan kepada para media dengan rangka model tersebut akan digunakan oleh Proton untuk mengeluarkan SUV pertamanya



 
Copyright © 2014 PenangKini.