BREAKING NEWS

Monday, 5 June 2017

1,500 TERIMA SUMBANGAN PROGRAM ZIARAH KASIH YAYASAN TH DI ALOR SETAR




Alor Setar, Ahad 4 Jun 2017 - Program Ziarah Kasih Ramadhan Yayasan TH di Alor Setar telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Panglima Abdul Azeez Abdul Rahim, Pengerusi TH di Dewan Sri Mentaloon, Pantai Johor. 

Program Yayasan TH ini dengan kerjasama Biro Daftar Keahlian mensasarkan  mengagihkan bantuan kepada 7,500 golongan fakir miskin, anak yatim, ibu tunggal, warga emas dan orang kurang upaya yang terpilih di 6 kawasan Parlimen terpilih di Kedah.  
Pengerusi TH, YB Datuk Seri Panglima Abdul Azeez Rahim berkata program ini bertujuan membantu golongan yang kurang berkemampuan supaya meringankan beban mereka sempena bulan Ramadhan. 

Turut hadir semasa program  menyerahkan sumbangan adalah YB Dato Sri DiRaja Hj Ahmad Bashah- YAB Menteri Besar Kedah, YBhg Tan Sri Shukry Mohd Salleh, Ahli Lembaga Pengarah TH serta pemimpin masyarakat tempatan.













                 
 
Copyright © 2014 PenangKini.