BREAKING NEWS

Sunday, 4 June 2017

5 agenda rancak ekosistem halal negara - TPM


PUTRAJAYA: Lima agenda penting bagi merancakkan ekosistem halal negara sedang digerakkan kerajaan bagi tempoh 2018 hingga 2020 termasuk memperkasa Lembaga Profesional Halal (HPB) di peringkat antarabangsa. 

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata langkah itu bertujuan melahirkan lebih ramai profesional dalam bidang halal. Beliau berkata, kerajaan juga menubuhkan Lembaga Pihak Berkuasa Halal Antarabangsa (IHAB) yang dapat menyeragamkan semua badan halal dunia dalam pensijilan halal. 

"Kerajaan juga turut membentuk Akademi Kajian Halal Antarabangsa (HIRA) yang belum pernah ada di rantau ini selain mewujudkan Institut Akademi Halal Malaysia (MIHA) bagi melahirkan generasi teknokrat dalam industri halal. "Kita juga akan menubuhkan Pusat Teknologi dan Inovasi Halal (HITeC) untuk mengembangkan lagi tahap kreativiti dan inovasi dalam industri halal," katanya dalam kenyataan selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Halal Malaysia di sini hari ini. 

Selain itu beliau berkata, Majlis Halal Malaysia turut memutuskan supaya Malaysia menganggotai Lembaga Pengarah dalam Institut Standards dan Metrologi untuk Negara-Negara Islam (SMIIC) mulai tahun ini. Katanya, ia sesuai dengan peranan aktif dimainkan kerajaan dalam pembangunan standard dan akreditasi halal global. "Jawatankuasa Kebangsaan SMIIC yang diterajui Jabatan Standard Malaysia akan menjadi agensi penyelaras kepada semua program di bawah SMIIC untuk Malaysia," katanya

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/288631?m=1
 
Copyright © 2014 PenangKini.