BREAKING NEWS

Friday, 16 June 2017

5 universiti tempatan tersenarai 10 universiti teratas Asean

Lima universiti penyelidikan negara kini berada dalam senarai 10 tangga teratas universiti negara-negara Asean, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh.
Beliau berkata, Universiti Malaya (UM) berada pada tangga ke-3 universiti terbaik di Asean sementara Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) masing-masing berada pada tangga ke-4 dan ke-5.

“Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berada pada tempat ke-7 sementara Universiti Sains Malaysia (USM) pada tangga ke-8,” katanya ketika berucap pada majlis menandatangani memorandum perjanjian Konsortium Hospital Pengajar Universiti Awam di kementerian pendidikan tinggi di sini hari ini.
Turut tersenarai dalam 10 teratas universiti Asean ialah universiti dari Singapura, Thailand dan Indonesia.
Minggu lepas kelima-lima universiti penyelidikan negara diumumkan tersenarai dalam kelompok 1% universiti teratas dalam senarai ranking dunia bagi tahun 2017/2018 terbitan Quacquarelli Symonds (QS).
 
Copyright © 2014 PenangKini.