BREAKING NEWS

Tuesday, 20 June 2017

Biskut Raya Ulat Yang Popular Viral 2017

Semangat masing-masing buat kuih raya menjelang beberapa hari nak raya ni. Yang menjual kuih raya tak kurang meriahnya juga. Fiza je yang belum mulakan enjin lagi nak buat kuih raya ke tidak tahun ni. Dalam masih berfikir mencari resepi kuih raya mudah-mudah, jumpalah resepi biskut raya ulat yang sedang viral dan popular tak semena-mena. Ramai yang dah cuba buat biskut ulat ni. Ada yang hijau, ada yang kuning dan yang berwarna warni pun ada.

Disebabkan ramai yang berkongsi gambar dan resepi. Jadi macam bersemangat nak mencuba pula buat biskut ulat ni. Pada mulanya tengok rasa macam geli pun ada. Kali kedua pandang nampak comel pula. Katanya adunan kuih rupa ulat beluncas ni seperti adunan kuih makmur. Jadi, kalau kau orang dah biasa buat kuih makmur, cuba tukar rupa kuih makmur yang biasa jadi rupa kuih ulat ni. Nampak kelainan seperti kuih baru, padahal rasa yang sama je.
Kredit foto : Hannanny Photography

Resepi Mudah Biskut Ulat Viral

Bahan-bahan Biskut Raya Ulat
  • 3 1/2 cawan tepung jagung
  • 1/2 cawan tepung kastard
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 cawan buttercup
  • 1 penutup esen vanilla
  • 1 penutup pewarna (ikut warna apa yang kau orang suka)
  • Chocolate chip 
Cara-cara membuat Biskut Raya Ulat
1. Satukan dan gaul rata tepung jagung, tepung kastard dan buttercup sehingga sebati. 
* Perhatian : Jangan gaul terlalu lama sangat nanti dah bakar ulat tu jadi kembang setaman.
2. Masukkan susu pekat dan esen vanilla. Kemudian gaul lagi untuk lebih sebati.
3. Letakkan  pewarna yang kau orang suka.
4. Uli doh pakai tangan dan buat bentuk jadi ulat. Untuk hasilkan corak bergaris tu, gunakan  pisau tajam atau garpu.Letak hiasan dekat ulat tadi baru berseri.
5. Bakar pada suhu 60-70 degree celcius.Guna api bawah sahaja.

Cara nak buat biskut ulat ni pun mudah je kan. Nanti bolehlah cuba buat. Agak-agak laris ke tidak biskut raya ulat ni nanti? Ada yang geli nak makan? Mungkin geli tengok tapi bila dah makan, confirm nak lagi. Ye tak? Sempat lagi nak buat ni. Selamat mencuba.

Sumber resepi : duniafarisya

 
Copyright © 2014 PenangKini.