BREAKING NEWS

Friday, 9 June 2017

Cubaan Terdesak, Terbodoh & Terbaru Anwar Ibrahim Untuk Keluar Penjara


Peguam Lawyers for Liberty dan ahli PKR, Latheefa Koya memberitahu wartawan bahawa Anwar Ibrahim akan segera mencabar keputusan bersalah dan pemenjaraannya dengan menggunakan alasan pembayaran RM9.5 juta oleh Perdana Menteri kepada pendakwaraya kes liwat II Anwar Ibrahim, Tan Sri Shafee Abdullah.
Ini bukanlah kali pertama, Anwar Ibrahim cuba membebaskan dirinya daripada penjara selepas didapati bersalah. Beliau telah membuat banyak rayuan kepada mahkamah dan kepada DYMM Yang Di-Pertuan Agong – kesemuanya menemui kegagalannya.
Tuduhan Pakatan adalah bahawa Shafee menerima RM9.5 juta daripada Najib Razak kononnya berlaku pada dua tarikh iaitu 11 September 2013 dan 17 Februari 2014. Jadi menurut mereka, Anwar Ibrahim tidak bersalah!
Satu hujah yang terlalu cetek dan sebab yang bodoh.
Untuk ingatan, Anwar Ibrahim buat kali pertama didapati bersalah oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac 2014 dan kemudian sekali lagi disahkan bersalah oleh Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari 2015.
Usaha Anwar terkini itu dijangka akan gagal lagi kerana beliau perlu membuktikan:
1. Sama ada Shafee juga dibayar sebelum keputusan akhir Mahkamah Persekutuan pada 2015 memandangkan beliau menuduh pembayaran dibuat kepada Shafee pada 2013 dan 2014.
2. Sama ada jumlah yang dibayar oleh Najib berkaitan dengan kes perbicaraan liwat itu dan Shafee yang juga dikenali sebagai ‘Peguam UMNO’ tidak ada melakukan urusan kerja lain untuk Najib atau UMNO sepanjang tempoh 2 tahun itu yang memerlukan pembayaran atau fi tertentu bagi khidmatnya.
3. Sama ada wang yang dibayar kepada Shafee telah berjaya mempengaruhi keputusan 3 orang hakim Mahkamah Rayuan dan 5 orang hakim Mahkamah Persekutuan yang mana kesemua mereka sebulat suara menjatuhkan hukuman bersalah terhadap Anwar Ibrahim.
Shafee adalah pendakwaraya dan bukannya hakim yang menjatuhkan hukuman. Tugas pendakwaraya adalah membuktikan kesnya adalah betul dan orang yang dituduh bersalah. Hakim adalah pihak yang mensabitkan dan menjatuhkan hukuman, bukannya pendakwaraya.
4. Anwar Ibrahim juga perlu menjawab, mengapa beliau suka meninggalkan air maninya merata-merata tempat sehingga boleh berada dalam milikan polis. Beliau juga perlu menerangkan mengapa beliau tidak memanggil 13 orang saksi alibi termasuklah isterinya sebagaimana yang dirancang dari awal.
Saya juga mahu Anwar Ibrahim menjawab mengapa beliau tidak berani bersumpah laknat yang beliau tidak bersalah.
Malahan, Anwar Ibrahim tidak pernah mendedahkan berapa banyak upah yang telah dibayar kepada 12 orang peguamnya di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.
Sebenarnya, semua ini hanyalah satu lagi cubaan terdesak Anwar Ibrahim untuk membebaskan dirinya menggunakan apa sahaja alasan yang boleh selain cuba menimbulkan persepsi bahawa sistem kehakiman di negara ini tidak adil dan telah dibeli oleh Najib Razak.
Kempen dan propaganda yang dilakukan oleh para penyokongnya sekarang, tidak lebih daripada cubaan membodoh-bodohkan rakyat Malaysia menggunakan alasan yang sangat basi dan remeh, hanya semata-mata untuk memastikan Anwar Ibrahim menjadi calon PM ke-7 walaupun, kalau benar Anwar dibebaskan, dia tidak mungkin boleh menjadi calon PM ke-7 kerana larangan undang-undang terhadap bekas banduan yang telah disabitkan dan dihukum penjara lebih dari setahun.
Manusia yang terdesak dalam situasi yang terdesak melakukan perkara terdesak berdasarkan alasan yang paling lemah.
Oleh Lim Sian See / wake Up Malaya

 
Copyright © 2014 PenangKini.