BREAKING NEWS

Sunday, 4 June 2017

DAP Kata Mereka Habiskan RM38 Bilion Sejak Ambil Alih Kuasa Di Pulau Pinang


Lim Guan Eng terus cuba mempertahankan tindakannya melanggar janji DAP untuk mengamalkan tender terbuka dan sebaliknya menggunakan rundingan terus untuk jualan tanah kerajaan negeri bernilai ratusan juta ringgit kepada kumpulan hospital swasta bagi membina hotel dan kemudahan perubatan.
Satu kenyataan yang beliau keluarkan baru-baru ini di mana beliau berkata hanya 1% daripada RM38 bilion nilai projek yang kerajaan telah anugerahkan sejak DAP mengambil alih Pulau Pinang sudah pasti pelik kerana beberapa sebab:
1. Pendapatan operasi negeri yang biasa tanpa jualan aset hanyalah kira-kira RM300 juta setahun daripada cukai pintu dan cukai tanah.
2. DAP Pulau Pinang telah berkali-kali menuduh bahawa Kerajaan Persekutuan memberi wang yang sangat sedikit kepada Pulau Pinang sejak DAP mengambil alih.
3. DAP Pulau Pinang juga menolak untuk mengatakan bahawa mereka telah menjual puluhan bilion tanah dan aset kerajaan negeri sejak mereka mengambil alih.
Mengetahui semua ini, bagaimana Kerajaan DAP Pulau Pinang dapat menganugerah RM38 bilion dalam nilai projek?

Dari mana wang ini datang memandangkan hasil operasi mereka tidak banyak?
Daripada bayaran Kerajaan Persekutuan atau daripada penjualan tanah dan aset negeri?
Sama ada Kerajaan Persekutuan memang ada memberi anda wang yang banyak selama ini – yang bermakna anda berbohong dengan mengatakan bahawa mereka tidak beri.
Atau anda ada menjual banyak tanah dan aset Pulau Pinang – yang bermaksud anda berbohong dengan mengatakan bahawa anda tidak jual.
Yang mana satu?

Juga, 1% daripada RM38 bilion sudah berjumlah RM380 juta.
Bukankah menganugerahkan projek bernilai RM380 juta dalam rundingan terus adalah sudah tinggi?
RM380 juta sudah boleh membeli 157 banglo tanpa kolam renang di bawah nilai pasaran.
Dengan mempertahankan perkara yang tidak dapat dipertahankan, Lim Guan Eng kini telah membangkitkan lebih banyak persoalan.
Oleh Lim Sian See / Wake up Malaya

 
Copyright © 2014 PenangKini.