BREAKING NEWS

Tuesday, 13 June 2017

Dua beradik maut, motosikal rempuh tiang elektrik di Paya Keladi

Dua beradik maut selepas motosikal dinaiki mereka hilang kawalan dan melanggar tiang elektrik dalam kejadian di Paya Keladi, di sini, petang tadi. Dalam kejadian jam 3 petang itu, mangsa, Muhammad Alif Adam Azman, 13, dan adiknya Muhammad Aiman, 11, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Azmi Adam, berkata motosikal yang dinaiki dua beradik itu dari arah Pinang Tunggal, dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh tiang elektrik di lokasi kejadian. "Kedua-dua mereka maut di lokasi kejadian berikutan kecederaan parah yang dialami. "Orang ramai yang menyaksikan kemalangan berkenaan diminta tampil ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan," katanya.

 Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Kepala Batas (HKB) untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.BH
 
Copyright © 2014 PenangKini.