BREAKING NEWS

Friday, 9 June 2017

Guan Eng tonjol sikap 'one man show'


SHAH ALAM: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng cuba menjadi 'one man show' dengan menyandang berbelas-belas jawatan tertinggi di negeri itu, kata Ketua Pembangkang, Datuk Jahara Hamid.
Sambil menyifatkan perkara tersebut 'tidak normal', Jahara turut menggelar Guan Eng sebagai pemimpin yang gila kuasa kerana memegang terlalu banyak jawatan dalam satu-satu masa.    
"Benda ni nampak sangatlah dia nak jadi 'one man show', tapi kalau kita kata dia tidak mahu mengaku, ini bukti dia nak jadi 'one man show'.
"Gila kuasa, melalui jawatan tu dia pegang kuasa, jadi dia gila kuasa," katanya kepada Antarapos.
Jahara berkata, Guan Eng sepatutnya melantik mana-mana exco kerajaan negeri yang mampu memegang jawatan tertinggi tersebut dan bukannya memonopoli kebanyakan jawatan penting di dalam negeri itu.
"Padahal tidak semestinya dia pegang semua itu, dia boleh lantik mana-mana exco lain, TKM (Timbalan Ketua Menteri) ada, dia ada dua TKM, ada exco ramai pun yang boleh mempengerusikan, yang besar-besar tu dia nak pegang PBA (Perbadanan Bekalan Air) tu boleh lah, yang lain-lain tu kena percayalah orang-orang dia," kata ADUN Telok Ayer Tawar itu lagi.
Sebelum ini, parti Gerakan Pulau Pinang mempersoalkan tindakan Guan Eng yang didakwa menyandang sehingga 14 jawatan utama di negeri itu.
Perkara tersebut disuarakan Ketua Biro Publisiti, Ooi Zhi Yi yang mempersoalkan bagaimana Ketua Menteri itu mampu menggalas pelbagai tanggungjawab pada satu-satu masa yang dalam masa sama perlu memastikan kebajikan terhadap rakyat tidak terabai.
Antara jawatan yang dipegang Guan Eng ialah sebagai Pengerusi Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), Pengerusi Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang, Pengerusi Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang, dan terbaharu, beliau turut memegang jawatan sebagai Pengerusi Perbadanan Stadium dan Kawasan Lapang Pulau Pinang.
-sh-
 
Copyright © 2014 PenangKini.