BREAKING NEWS

Thursday, 1 June 2017

Harga petrol, diesel turun


KUALA LUMPUR: Harga runcit mingguan bagi petrol dan diesel menurun mulai tengah malam ini. Bagi tempoh 1 Jun hingga 7 Jun ini, harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing turun dua sen. 

RON95 turun daripada RM2.12 ke RM2.10 seliter, manakala RON97 daripada RM2.40 ke RM2.38 seliter. Harga runcit diesel pula turun satu sen daripada RM2.02 kepada RM2.01. 

Pengumuman mingguan harga runcit produk petroleum itu diumumkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melalui akaun Facebook rasminya
 
Copyright © 2014 PenangKini.