BREAKING NEWS

Thursday, 15 June 2017

Hasil ‘Tadbir Urus Bersih’ Dengan Menjual Tanah & Aset Negeri Untuk Bayar Bonus Raya?



lim guan eng Kalau Bukan Hasil Jual Tanah, Dari Mana Datangnya RM38 Bilion Itu?

DAP memperbesarkan yang mereka telah membayar bonus raya lebih banyak berbanding Kerajaan Persekutuan dan mendakwa ini adalah disebabkan oleh hasil usaha “Tadbir Urus Bersih Yang Baik” mereka.
Saya tertanya-tanya apa jenis ‘Tadbir Urus Bersih Yang Baik’ apabila perbelanjaan operasi negeri tahunan mereka meningkat sebanyak 500% dalam 9 tahun?
Wang yang dibayar sebagai bonus untuk kakitangan awam pastinya tidak datang daripada mana-mana “penjimatan” atau hasil kecekapan kos.
Ia sudah tentu datang dari penjualan atau memperdagangkan tanah dan aset negeri – berjumlah hampir RM37 bilion sejak 2008 sehingga tinggal baki hanya sedikit lagi tanah atau aset.
Jadi, apa yang hebat tentang menjual tanah dan aset negeri untuk membayar lebih bonus raya?
Manusia bodoh mana-mana pun boleh menjual tanah dan aset negeri dan menggunakan wang itu untuk membayar orang.
Malah, jumlah bonus raya yang dibayar bagi tahun ini oleh Kerajaan DAP Negeri Pulau Pinang hanyalah RM7.5 juta sahaja.
Ini tidak sampai walau 3.42% daripada RM219 juta, yang kerajaan negeri TELAH BAYAR untuk “laporan”.
Atau hanya hampir 1% daripada bajet RM707 juta yang Ketua Menteri telah peruntukkan bagi pejabat sendiri untuk tahun 2017.
Dan tidak sampai 0.02% daripada RM37 bilion aset negeri yang telah dijual atau didagangkan.
Dan ia hanya 0.018% daripada RM46 bilion projek mega PTMP yang telah melonjak kos daripada RM27 bilion setahun yang lalu.
DAP menjual semua aset negeri anda, ‘sapu’ yang besar-besar dan beri anda sedikit cebisan dan kemudian memberitahu anda bagaimana hebatnya mereka dan betapa anda harus bersyukur.
Tipikal propaganda DAP.
 
Copyright © 2014 PenangKini.