BREAKING NEWS

Friday, 23 June 2017

Ibu Tunggal Terharu Terima Kejutan Daripada Perdana Menteri



Dan menjelang tibanya Aidilfitri pastinya ada yang gembira dengan bantuan tidak disangka sangka.
Seorang ibu tunggal yang terpaksa menjaga anak bongsunya yang kelainan upaya terharu dan ibarat bermimpi apabila menerima kejutan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Kesulitan beliau menampung keluarganya mendapat perhatian pemimpin nombor satu negara untuk menyediakan seunit rumah pangsa sebagai hadiah menjelang sambutan Aidilfitri.

YAB Perdana Menteri Najib Razak melawat keluarga Sofea Qaisara yang menghidap penyakit Microcephaly, masalah penglihatan dan Dandy Walker Syndrom di rumah baharu mereka di Pangsapuri Putra Damai Presint 11, hari ini.

Menjelang perayaan Aidilfitri ini, beliau telah menghulurkan bantuan dengan menyediakan sebuah rumah baharu yang selesa dan lengkap kemudahannya untuk keluarga yang kurang bernasib baik ini.
 
Copyright © 2014 PenangKini.