BREAKING NEWS

Friday, 30 June 2017

Ini Sebab Kenapa Bas Warna Kuning


Pernahkah anda melihat Bas Sekolah berwarna selain kuning? Mungkin pernah tapi mesti hanya jarang-jarang, bukan? Mungkin ramai antara kita mungkin tidak begitu mengambil berat tentang kenapa Bas Sekolah berwarna kuning. Adakah warna bas itu kebetulan berwarna kuning atau ada sebab lain? 

Jawapannya warna kuning pada bas sekolah itu sudah merupakan standard Antarabangsa.

Menurut wikipedia, tokoh yang bertanggungjawab dalam membuat standard warna cat kuning pada bas sekolah adalah Dr Frank W. Cyr dari Universiti Columbia, New York, seorang penulis dan 
profesor.

Pada April 1939, beliau telah menganjurkan satu persidangan untuk menetapkan standard pembinaan bus sekolah kebangsaan untuk A.S, termasuk warna kuning untuk bas sekolah. Ia dikenali secara rasmi sebagai "National School Bus Chrome". 


Warna bas sekolah ini telah diterima NIST (National Institute of Standards and Technology) sebagai standard dan sehingga kini standard itu telah banyak diikuti oleh negara-negara lain juga.

Jadi, mengapa warna kuning
 dipilih? Kenapa tidak warna lain seperti hitam, putih atau hijau? Berikut ini adalah sedikit penjelasannya.


Ternyata warna kuning yang digunakan sebagai cat bas yang dipadukan dengan tulisan "Bas Sekolah" yang berwarna hitam itu dipilih kerana ianya warna yang
 paling mudah untuk dilihat di tengah-tengah kegelapan awal pagi.




Bas sekolah di Jepun

Selain itu, warna kuning pada bas juga penting dari sudut keselamatan kerana menurut kajian saintis, manusia akan lebih mudah untuk melihat objek 1.24 kali tinggi jika warnanya adalah kuning berbanding objek berwarna merah atau warna lain. Jadi tidak hairan bukan jika penanda di jalan juga banyak berwarna kuning bukan warna lain.

Jadi sebab itulah sebab kenapa bas sekolah berwarna kuning, walaupun di Malaysia masih ada yang tidak berwarna kuning, ada yang berwarna biru atau warna lain.
 
Copyright © 2014 PenangKini.