BREAKING NEWS

Thursday, 8 June 2017

Institusi Keagamaan bantu SPRM benteras rasuah

Pusat Pengajian Darul Hadis Pulau Pinang (PPDHPP) menjadi pusat pengajian Islam pertama di negeri itu menandatangani ikrar bebas rasuah (IBR) hari ini.

Majlis itu diadakan pada satu program khas bersama Institut Integriti Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri.

Pengarah SPRM negeri Datuk Abdul Aziz Aban berkata, pihaknya teruja dengan kesediaan PPDHPP untuk menandatangani ikrar itu dan membantu SPRM menyampaikan mesej anti rasuah.


"SPRM menghargai peranan institusi agama seperti PPDHPP ini yang mampu membawa mesej anti rasuah melalui pelbagai medium seperti ceramah, kuliah dan khutbah yang disampaikan kepada masyarakat.

"Saya juga menyeru lebih banyak institusi agama tidak kira Islam, Buddha, Hindu dan apa sahaja untuk turut sama menandatangani IBR ini bagi menunjukkan bahawa semua pihak ada peranan untuk membanteras rasuah," katanya kepada Utusan Online di sini hari ini.

Yang turut hadir Mudir PPDHPP Mohamad Hanif Haron. - UTUSAN ONLINE

 
Copyright © 2014 PenangKini.