BREAKING NEWS

Wednesday, 14 June 2017

Jabatan Kimia sahkan tiada ‘beras plastik’ dijual

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di Johor mengesahkan tiada “beras plastik” dijual.

Sampel yang dikatakan sukar dikunyah dan berbau plastik apabila dibakar, seperti diadukan kepada polis, disahkan beras asli, lapor Berita Harian.

Kementerian itu mendapati sampel tersebut tiada benda asing atau plastik, dakwaan yang dibuat seorang pembeli sehingga ia menular di media sosial.

Pengarah KPDNKK Johor berkata analisis Jabatan Kimia diterima pihaknya Khamis lalu.

Khairul Anwar Bachok juga menyeru pengguna agar tidak resah dengan dakwaan itu.

Minggu lalu, seorang lelaki mengadu beras wangi Siam yang dibelinya hujung Mei di sebuah pasar raya di Kulai dicurigai diperbuat daripada plastik.


 
Copyright © 2014 PenangKini.