BREAKING NEWS

Saturday, 3 June 2017

“Kalau Lim Guan Eng tak suka Islam, menentang syariat, menentang rang undang-undang syariah, kenapa pula nak buka puasa? - Jaringan Muslim Pulau Pinang


BUTTERWORTH: Jaringan Muslimin Pulau Pinang yang menyeru Lim Guan Eng memeluk Islam jika mahu menyertai majlis buka puasa di bulan Ramadan menjelaskan beliau bukan menghalang orang bukan Islam bersama meraikan acara itu.
Pengerusi Mohd Hafiz Nordin berkata ramai orang salah faham seruannya di tunjuk perasaan terhadap kerajaan negeri di George Town, Jumaat lepas.
Beliau berkata mereka cuma “bersuara”, bukannya “melarang” setiausaha agung DAP dan orang bukan Islam lain menyertai orang Islam berbuka puasa di bulan suci itu.
Beliau mendakwa Lim dan DAP menentang negara Islam, dan lantang mengkritik usul Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau Akta 355 yang mahu meningkatkan hukuman maksimum kesalahan syariah.


Hafiz juga mendakwa DAP meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) ditutup atau peruntukannya dikurangkan.
Oleh itu, beliau mengagak Lim dan DAP menentang Islam secara umum, maka Lim bersikap hipokrit jika mengambil bahagian dalam majlis orang Islam, terutamanya berbuka puasa.

“Dia menunjukkan kebencian, penentangannya secara jelas terhadap negara Islam, tertang Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan (Islam agama persekutuan), RUU 355 dan minta Jakim ditutup, peruntukannya dikurangkan.

“Kalau Lim Guan Eng tak suka Islam, menentang syariat, menentang rang undang-undang syariah, kenapa pula nak buka puasa? Bukankah ini mempermain-mainkan dan memperolok-olokan, mempersendakan ibadat orang Islam?” katanya kepada pemberita di satu lagi tunjuk perasaan hari ini di Masjid Jamek Abdul Kader di sini.

Beliau mahu orang bukan Islam faham berbuka puasa di bulan Ramadan sebahagian daripada amalan ibadat orang Islam.

Mohd-Hafiz-Nordin_puasa_ramadan_21132“Orang bukan Islam sila faham benda ini: buka puasa, kami bersolat, kami berdoa, kami berzikir, itu ibadat kami. Orang bukan Islam tak perlulah nak buat apa. Kenapa orang bukan Islam perlu beribadat seperti kami?

Guan Eng ke, siapa saja orang bukan Islam tak boleh sepatutnya,” kata Hafiz. “Dia (orang bukan Islam) boleh datang selepas berbuka puasa, ada makan nasi briyani, nasi kandar…tetapi selepas azan, kami baca doa berbuka puasa dan disunatkan berbuka dengan buah kurma.”

Di tunjuk perasaan di luar Masjid Simpang Enam di Jalan Macalister Jumaat lepas, Hafiz menuntut kerajaan negeri menghentikan campurtangan dalam proses penfatwaan.

Ia menyebabkan Zaidi Ahmad, pegawai di pejabat ketua menteri Pulau Pinang yang berada di tempat kejadian, meminta penunjuk perasaan memberitahunya fatwa apa yang diganggu kerajaan negeri.
Zaidi bagaimanapun ditampar penunjuk perasaan dan kemudian dibawa pergi polis berpakaian biasa.

FMT

 
Copyright © 2014 PenangKini.