BREAKING NEWS

Tuesday, 20 June 2017

Kematian Nhaveen: Apa Kerajaan DAP Buat Untuk Halang? Mana Pasukan Peronda Sukarela DAP?

Dalam satu tindakan bodoh yang amat menakjubkan, DAP menyalahkan kematian remaja Nhaveen terhadap kerajaan persekutuan Barisan Nasional.
Jagdeep Singh Deo dalam akaun Facebook beliau berkata bahawa “pokok kepada perkara ini ialah bahawa Kerajaan Persekutuan telah gagal kepada keluarga ini dengan tidak menghalang kejadian ini.”
Nhaveen meninggal dunia selepas diserang oleh remaja lain di negeri yang dikendalikan DAP, Pulau Pinang. Dia tidak pernah sedar semula.
Bagaimana anda menyalahkan Kerajaan Persekutuan untuk sesuatu yang berlaku di belakang rumah anda? Pulau Pinang adalah satu-satunya negeri yang mempunyai Volunteer Patrol Force (Pasukan Peronda Sukarela – PPS) sendiri dengan tujuan publisiti untuk membantu Polis Diraja Malaysia memerangi jenayah, di sebalik Skim Rondaan Sukarela Rukun Tetangga yang telah sedia ada secara sah yang ditubuhkan di bawah Akta Rukun Tetangga.
Walau bagaimanapun, PPS hanyalah Sturmabteilung Hitler (Storm Detachment) versi DAP atau lebih dikenali sebagai Braunhemden (Brown Shirts). PPS, atau ‘Penyangak Purple Shirt’, telah digunakan terutamanya untuk melakukan kerja-kerja parti DAP, menakut-nakutkan penduduk, dan melakukan halangan.
Pasukan ungu Tokong ini menyerang Ong Eu Soon, seorang aktivis Pulau Pinang yang telah lantang terhadap kerajaan Tokong. Ong Eu Soon, yang berada di sebuah pembekal surat khabar di Air Itam pada satu malam, telah didatangi oleh sepuluh orang anggota PPS termasuk Lee Chan Kwong dan Lee Yew Kuen yang menyerangnya dengan topi keledar motosikal mereka.
Ini semua ‘kepimpinan melalui teladan’. Sama seperti bagaimana Tokong percaya beliau berada di atas undang-undang, PPS berpendapat bahawa mereka mempunyai lesen untuk menghapuskan halangan kepada pentadbiran Tokong ini. Dan seperti Tokong yang tidak percaya dalam kebebasan akhbar, mereka juga menyerang wartawan. Seorang anggota PPS, Lim Ah Chye, didapati bersalah kerana menyerang Timbalan Ketua Jenayah Guan Ming Daily, Ang Kean Siang, dan memusnahkan kameranya. Ah Chye juga mengganggu Ang Kean Siang dan teman wanitanya dengan mengancam mereka dengan kematian jika Ang Kean Siang menolak untuk menarik balik laporan polis.
PPS memandang tinggi pentadbiran Pulau Pinang yang diterajui dan dikawal oleh DAP. DAP terkenal dengan buli bukan sahaja ahli-ahlinya sendiri yang menentang kehendak Tokong, tetapi juga wakil-wakil daripada rakan parti supaya mengikuti kehendak Tokong sebagai seorang Ketua Menteri, satu jawatan yang dikatakan mahu diisi oleh Maharaja Lim Kit Siang apabila anak Tokong beliau masuk ke dalam penjara kerana amalan rasuah.
Tokong buli 1
Tokong buli 2
Tokong akan melakukan apa sahaja untuk terus berkuasa bagi memenuhi ketamakannya tidak kira sama ada dia melanggar undang-undang dan juga Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu adalah tidak menghairankan bahawa walau warga asing kelahiran Malaysia boleh sengaja diletakkan sebagai calon pilihan raya.
Sudah ada orang-orang yang mahu membendung keterlaluan Tokong ini. ADUN DAP Tanjung Bungah mengusulkan supaya penggal bagi Ketua Menteri dihadkan kepada hanya dua penggal, secara efektifnya mengakhiri pemerintahan Tokong dengan pilihan raya umum yang akan datang.
Walau bagaimanapun, Teh Yee Cheu tahu bahawa usulnya tidak akan mendapat sebarang sokongan tetapi mengusulkannya juga untuk menunjukkan rekod bahawa beliau telah diseru untuk langkah sedemikian. Usul beliau tidak mendapat sokongan daripada orang-orang yang takut kehilangan keistimewaan mereka jika Tokong kalah terhadap usul itu.
Malah ahli politik veteran DAP, Tan Seng Giaw, yang sangat dihormati walaupun tidak berada dalam barisan pimpinan utama DAP telah membuat komen berkias tentang keterlaluan dalam kerajaan negeri Pulau Pinang yang diketuai oleh Tokong.
Bukanlah rahsia lagi bahawa Tokong cuba untuk membuli Tan Seng Giaw daripada arena politik seperti berlaku terhadap Boo Cheng Hau di Johor, dan sama seperti beliau bapa-pembuli Maharaja Lim Kit Siang yang ‘membunuh’ mereka yang menentang beliau dalam DAP seperti Lee Lam Thye dan Hu Sepang. Lee Lam Thye sepatutnya sudah menjadi pemimpin DAP jika Lim Kit Siang tidak menipu dan memanipulasi keputusan pilihan raya DAP seperti yang dia kehendaki. Lam Thye bersara dari DAP dan politik.
Bagi mengurangkan kerosakan, Maharaja Lim membuat ucapan mengatakan DAP mengalami kehilangan besar dalam perjuangannya akibat peletakan jawatan Lee Lam Thye ini.
Dalam hal Tan Seng Giaw pula, beliau sepatutnya mendapat undi tertinggi dalam pilihan raya DAP 2012 dengan Maharaja Kit Siang mendapat tempat ke-7, dan Tokong jatuh kepada hanya ahli parti biasa.
Jadi kembali kepada ‘kepimpinan melalui teladan’ dan kematian Nhaveen. Jika Ketua Menteri Pulau Pinang boleh melakukan perbuatan korup dan berpura-pura tidak bersalah, apalah sangat serangan seksual dan buli jika nak dibandingkan? Ia tertanam dalam gen Pulau Pinang kini oleh kepimpinan politiknya.
Oleh itu, kerajaan negeri Pulau Pinang sendiri yang harus dipersalahkan kerana membawa budaya kekerasan ke dalam negeri itu dan menggalakkan rakyatnya untuk berkelakuan seperti pemimpinnya.
Oleh Seademon
 
Copyright © 2014 PenangKini.