BREAKING NEWS

Thursday, 8 June 2017

Kerajaan Lantik Idris Jala bantu selesaikan isu FGV

Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala dilantik sebagai pihak bebas membantu menyelesaikan krisis Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV).

Idris akan berperanan mencari punca sebenar dan memberi cadangan jalan penyelesaian berhubung tindakan FGV terhadap Presiden Kumpulan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Ketua Pegawai Kewangan (CFO) dan dua pengarah kanannya.

“Pelantikan Idris dibuat selepas dipersetujui Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abdul Samad, Pengerusi FGV Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, CEO FGV Datuk Zakaria Arshad, dan CFO FGV Ahmad Tifli Mohd Talha,” kata Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini.

FGV semalam mengarahkan Zakaria, Ahmad Tifli, Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products (DOP) Kamarzaman Abd Karim, dan CEO FGV Trading Ahmad Salman Omar bercuti berkuatkuasa serta merta.

Arahan dibuat Isa bagi memberi ruang kepada siasatan laporan audit melibatkan isu pembayaran kepada syarikat Afghanistan, Safitex dan anak syarikat FGV, Delima Oil Products Sdn Bhd.

MalayMailOnline
 
Copyright © 2014 PenangKini.