BREAKING NEWS

Thursday, 15 June 2017

LGE cuba selindung enggan jawab cadangan RCI siasat P.Pinang


Berani kerana benar takut kerana salah.
Itulah ungkapan yang sesuai diberikan kepada kerajaan Negeri pimpinan DAP iaitu Pulau Pinang apabila Ketua Menterinya menepis selepas ditanya sama ada Kerajaan Negeri pimpinannya bersedia di siasat oleh Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) berhubung isu penjualan tanah dan pembinaan terowong dalam laut di negeri itu.
Inilah jawapan sinis yang diberikan – “Soalan ini tidak berasas, kita tidak perlu layan cadangan macam itu,” kata Lim Guan Eng.
Respon Guan Eng dalam satu sidang media di Damansara hari ini, menunjukkan ada sesuatu yang cuba disembunyikan oleh pihaknya daripada pengetahuan umum.
Sepatutnya Setiausaha Agung DAP itu yang sentiasa melaung-laungkan ketelusan dan berintegriti tinggi dalam pentadbirannya bersikap terbuka dan berlapang dada untuk bersedia menerima RCI menyiasat isu-isu tersebut.
Sebelum ini Naib Presiden Parti Cinta Malaysia Datuk Huan Cheng Guan menempelak DAP yang mencadangkan RCI perlu ditubuhkan untuk menyiasat isu FGV.
Cheng Guan berpendapat, adalah lebih baik DAP meminta RCI untuk menyiasat isu penjualan tanah dan pembinaan terowong dalam laut di negeri itu terlebih dahulu sekaligus membuktikan kerajaan negeri yang dipimpin DAP itu bersih dan telus.

“Sebelum Kerajaan tubuh RCI untuk siasat Scandal FGV dan Felda. Saya cadang Kerajaan terlebih dahulu tubuh RCI untuk menyiasat Penjualan Tanah dan Terowong di Pulau Pinang dahulu,” kata Cheng Guan.

 
Copyright © 2014 PenangKini.