BREAKING NEWS

Thursday, 15 June 2017

Lim Guan Eng Puji Diri Sendiri Jual Hak Tebus Guna Tanah RM240 Sekaki Persegi

Dalam video beliau, Lim Guan Eng berkata, beliau mengalu-alukan Gerakan untuk menyamannya sambil beliau terus berbohong. Tonton jawapannya di sini:
Di sini beliau terus mengatakan bahawa Kerajaan BN sebelum ini menjual hak tebus guna tanah (akhirnya beliau mengakui ia bukan tanah sebenar) untuk RM1 sekaki persegi – atau menjadikan jumlah keseluruhan kira-kira hanya RM42.7 juta.
Pada masa yang sama beliau juga mengesahkan bahawa sekurang-kurangnya 10% daripada tanah yang telah ditebus guna diberikan kembali kepada Kerajaan Negeri di bawah kontrak dengan Kerajaan BN Pulau Pinang.
Hey bodoh, bagaimana boleh harga jualan MASIH MENJADI RM1 sekaki persegi apabila ANDA SENDIRI telah mengakui bahawa 10% daripada tanah (kira-kira 94 ekar sebagaimana beliau kata) yang kini bernilai RM1,300 setiap kaki persegi telah diberikan kembali sebagai sebahagian daripada perjanjian itu?
Si pembohong Lim Guan Eng juga tidak menyebut bahawa syarikat yang dianugerahkan projek ini yang mana pemaju menanggung kos penambakan juga memberi saham kepentingan projek  7% kepada Yayasan Bumiputra Pulau Pinang, 18% kepada Koperasi Gabungan Negeri Pulau Pinang dan 12% kepada Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) milik negeri – jumlah keseluruhan 37%.
Kepentingan 37% ini dalam baki 886 ekar tanah pada RM1,300 sekaki persegi bernilai RM18.6 bilion.
Jadi, jumlah pulangan kepada Kerajaan Pulau Pinang untuk perjanjian ini ialah:
= Nilai tanah dikembalikan kepada Kerajaan Pulau Pinang + RM1 sekaki persegi + Nilai 37% dalam baki tanah
= (94 ekar X 1,300 sekaki persegi) + RM42.7 juta + 37% x 886 ekar x RM1,300 sekaki persegi
= RM 23,929,522,960 untuk 980 ekar hak tebus guna tanah
Atau RM561 sekaki persegi.
Jadi jumlah harga ialah  RM126 sekaki persegi TAMBAH 37% kepentingan dalam projek itu untuk Kerajaan Negeri – sudah tentu bukan RM1 sekaki persegi.
Lagi RM273 Juta Hak Tanah Dijual Secara Senyap Oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang?
Paling menakjubkan, Lim Guan Eng meneruskan cakap dan memuji dirinya sendiri dan berkata Kerajaan DAP menjual RM240 sekaki persegi untuk hak tebus guna tanah, tidak seperti kononnya RM1 sekaki persegi yang dilakukan oleh Kerajaan BN Pulau Pinang.
Hello, penjualan RM240 sekaki persegi anda itu tidak memberikan sebarang tanah kembali MAHUPUN memberikan anda kembali sebarang kepentingan dalam projek itu – tidak seperti kononnya perjanjian RM1 sekaki persegi yang dilakukan oleh Kerajaan BN.
Manakah yang lebih baik? RM240 sekaki persegi atau RM561 sekaki persegi? Anda akauntan atau tidak?
Gerakan tidak perlu cakap banyak dan saman saja Tokong kerana berbohong.
 
Copyright © 2014 PenangKini.