BREAKING NEWS

Wednesday, 21 June 2017

MCA yakin hadapi PRU - 14, turunkan 50% calon baru




Presiden Malaysia Chinese Association (MCA), Datuk Seri Liow Tiong Lai baru - baru ini telah mengesahkan bahawa MCA kini sudah bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang dan calon - calon bagi PRU juga telah dikenalpasti. 

Menurut Datuk Seri Liow Tiong Lai, calon - calon MCA akan dibarisi campuran muka - muka baru dan lama. Malah, kriteria pemilihan calon kali ini adalah unik dimana calon dipilih secara saintifik dan mereka dipilih atas kebolehan mereka dan tiada unsur - unsur kronisma. 

Bagi kami di #KLChronicle, keyakinan MCA untuk menghadapi PRU yang akan datang merupakan indicator yang baik untuk BN. Ini menunjukkan bahawa masyarakat secara amnya dan Cina secara khususnya telah kembali menyokong MCA dan BN.

Kami juga yakin masyarakat Cina juga sudah semakin serik mengundi pihak pembangkang. Lihat sahaja apa yang berlaku di Gelang Patah dimana pengundi di Gelang Patah membuat poster "Missing Person" terhadap Lim Kit Siang yang telah mengabaikan kawasan parlimen beliau dan sibuk berpolitik dari Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

Masyarakat Cina harus membuat keputusan siapa yang mereka mahu.MCA merupakan satu parti yang berkhidmat untuk rakyat dengan memberikan pelbagai bantuan dan perkhidmatan demi kesejahteraan rakyat. Mengundi MCA masyarakat Cina telah dan akan mendapat banyak manfaat.

Jika masyarakat Cina mengundi DAP, apa yang mereka dapat adalah wakil rakyat yang 24 jam berpolitik tapi mengabaikan pengundi serta penyokong mereka akibat terlalu taksub mahu menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak.

Adakah ini yang masyarakat CIna mahu? 

 
Copyright © 2014 PenangKini.