BREAKING NEWS

Friday, 16 June 2017

Mengapa Arab Saudi DiBenci ?


1. Hukum ALLAH dan Rasul tertegak di Saudi. Malah Arab Saudi satu-satunya negara di dunia yang Isytihar Al-Quran dan Hadis sebagai perlembagaan negaranya.
2. Kiblat umat Islam yang 5 waktu sehari semalam menghadap ke arahnya (tak termasuk solat-solat sunat yang lain).
3. Antara negara pengeluar minyak terbesar di dunia.
4. IPO Saudi Aramco jika dibuka, 10% nilainya apabila dijual boleh membeli Google dan Facebook sekaligus.
5. Penderma tunggal tertinggi kepada Yaman.
6. Negara paling konsisten memperakui atau mengiktiraf kedudukan pemerintah negara lain, walaupun pemerintah negara berkenaan bukanlah 'favourite' bagi mereka. Contoh: Arab Saudi mendermakan 6 bilion US$ pada Mesir era Morsi.
7. Negara pertama di dunia yang tolak dari menganggotai Majlis Keselamatan Dunia. (Bukan seperti Qatar yang merayu kepada Israel untuk undi mereka).
8. Negara paling aktif membantu Mujahiddin ketika perang dingin (Afghan-Soviet War).
9. Negara yang TERTUBUH bukan hasil dari kemerdekaan yang diberikan oleh Penjajah.
10. Satu-satunya negara di Timur Tengah yang tidak ada siapa pun (kuasa imprealis) mahukan suatu ketika dahulu.
11. Pusat Percetakkan Al-Quran terbesar di dunia ada di Arab Saudi.
12. Satu-satunya negara di dunia yang orang datang ke negaranya untuk tujuan menghambakan diri kepada ALLAH.
13. Satu-satunya negara di dunia yang tidak menurunkan bendera mereka separuh tiang, walaupun yang meninggal dunia itu adalah rajanya sendiri.
14. Satu-satunya Raja di dunia yang menggunakan gelaran Khadam sebagai salah satu panggilan rasminya.
15. Negara yang paling memahami kesilapan ajaran-ajaran songsang dan merosakkan seperti pergerakan Ikhwanul Muslimin, Syiah dan sebagainya.
16. Satu-satunya negara di dunia yang memberikan Haji percuma kepada Mufti Perlis
17. Satu-satunya negara di dunia yang beri tajaan berbuka puasa kepada negeri Perlis.
18. Satu-satunya negara di dunia yang menaja para pelajar dari segala benua, datang ke Makkah dan Madinah untuk belajar mengenai agama mereka bersandarkan petunjuk Salaf.
19. Satu-satunya negara di dunia yang anak raja mereka adalah angkasawan. Dan angkasawan pertama Muslim ke angkasa lepas turut datang dari Saudi!
20. Antara negara di dunia, yang mana syarikat penerbangannya menyediakan ruang solat di dalam pesawat. Malah tak ada arak dihidangkan dalam kapal terbang mereka!
21. Negara yang menjaga pemakanan rakyatnya bermula dari aspek pengeluaran sehingga ke konsumer. Rujuk: Al-Marai - Syarikat ini dimiliki oleh keluarga diraja Arab Saudi. (Turut eksport ke negara-negara lain termasuk Qatar)
22. Negara paling pakar dalam menangani isu ekstrimis agama. Diakui oleh FBI.
23. Negara yang mana airnya menjadi buruan setiap umat Islam - Air Zam-Zam, bahkan diberi percuma walaupun mereka terpaksa mengeluarkan belanja untuk memproseskan dari mataair sehingga dibotolkan.
24. Satu-satunya negara di dunia yang dituduh melarang jemaah Umrah memasuki Masjidil Haram dan Masjid Nabawi tanpa ada satu rekod pembuktian dari pihak pendakwaan.
25. Satu-satunya negara di dunia yang tren LRT / MRTnya beroperasi untuk tujuan memudahkan ibadah para tetamu ALLAH (Tren Metro Makkah).
26. Antara negara yang paling tidak hipokrit dalam isu Arab-Palestin-Israel (Arab Saudi tidak pernah mengiktiraf negara Israel, tidak pernah membenarkan kedutaan Israel dibuka di Saudi hatta pejabat perdagangan sekalipun.
27. Satu-satunya negara di dunia yang rajanya mengajar Presiden Amerika untuk minum dengan tangan kanan.
28. Antara Raja di dunia yang naik tahta bukan dengan menggulingkan bapanya. Sebaliknya atas konsensus keluarga dan ulama.
29. Antara negara di dunia yang 'snub' Obama di akhir sesi kepresidenannya akibat dari polisi Obama yang menaja Arab Spring.
30. Antara negara utama dan paling konsisten membantu rakyat Palestin sama ada di Tebing Barat atau pun di Gaza.
31. Antara negara yang tidak membenarkan negara mereka digunakan sebagai pengkalan dalam operasi ketenteraan di Afghanistan dan menjatuhkan Presiden Iraq, Saddam Hussein.
32. Negara pertama di dunia, yang speakernya adalah ulama, pegawai tertinggi pengurusan masjid mereka bertaraf menteri (Syeikh Sudais is the General Presidency of Haramain), Hakim sivilnya Ulama.
33. Negara pertama di dunia, di mana di Madinah sahaja, anak-anak kecil yang menghafal Al-Quran adalah satu perkara biasa, dan siapa yang tidak menghafal Al-Quran adalah satu perkara pelik.
34. Satu-satunya negara di dunia yang paling amanah dalam menjaga harta wakaf. Bukti, Wakaf Utsman bin Affan dipelihara sehingga hari ini.
35. Satu-satunya negara di dunia yang menggerakkan seluruh agensi pertahanan dan kesihatan untuk melayani tetamu Allah.
36. Negara ke 13 paling besar di dunia dengan keluasan 83,000 kaki persegi.
37. Satu-satunya negara yang menjadikan Syahadah sebagai identiti bendera negaranya.
38. Negara yang bakal memiliki bangunan paling tinggi di dunia iaitu setinggi satu kilometer, Saudi Arabian Kingdom Tower, lebih tinggi 600 kaki dari Burj Khalifa Dubai.
39. Jutawan Arab Saudi, Al-Waled bin Talal menjadi orang pertama di dunia Arab yang menyumbangkan keseluruhan hartanya untuk charity.
40. Negara yang paling tidak suka atau tidak terkinja-kinja menayangkan apa sumbangan mereka pada umat Islam.
41. Satu-satunya negara yang mengharamkan arak secara total melainkan di kedutaan-kedutaan negara kafir. Qatar membenarkan arak kerana World Cup.
42. Satu-satunya negara yang paling ramai para imam dan terkenal di seluruh dunia (Imam Sudais dan lain-lain lagi).
44. Memberikan pendidikan percuma kepada rakyat.
45. Pendidikan percuma juga diberi kepada rakyat negara luar yang diterima masuk ke universiti di negara mereka.
46. Pendidikan percuma juga diberi kepada pelarian yang berlindung di negara mereka.
47. Memberikan Rawatan perubatan percuma kepada rakyat.
48. Memberi rawatan perubatan percuma kepada pelarian yang berlindung di negara mereka.
49. Memberikan rawatan perubatan percuma kepada jemaah umrah dan haji.
50. Satu-satunya negara yang sanggup menghabiskan jutaan malah bilion demi keselesaan para tetamu Allah.
51. Satu-satunya negara di dunia yang mana bila tiba waktu solat, semua premis perniagaan ditutup.
52. Satu-satunya negara di dunia yang mewujudkan kementerian Haji demi menguruskan tetamu Allah.
53. Satu-satunya negara arab yang memasang helikopter blackhawk.
54. Rajanya adalah seorang Hafiz (menghafal Al-Quran).
55. Satu-satunya negara di dunia yang jenama makanan segera negaranya berjaya mengalahkan populariti KFC, McD dan sebagainya - Al-Baik.
56. Satu-satunya negara yang mentauhidkan Allah di mana mereka juga tidak membenarkan gereja atau rumah ibadat lain selain Islam didirikan. Qatar mempunyai gereja terbesar di rantau Arab.
57. Satu-satunya negara yang menghukum sesiapa saja jika disabit melakukan kesalahan termasuk menghukum mati kerabat sendiri.
58. Satu-satunya negara yang tiada sungai namun Allah rezeki-kan air zam-zam hingga kiamat.
59. Satu-satunya negara (Mekah & Madinah) yang tidak akan dimasuki Dajjal (hadis sahih).
60. Negara ke 15 paling tinggi jumlah rakyat jutawan di antara 20 negara di dunia. Qatar tiada dalam list.
61. Satu-satunya negara di dunia yang tak masuk campur urusan negara lain melainkan dijemput oleh pemimpin sah negara berkenaan.
62. Satu-satunya negara paling dibenci oleh Syiah. Sebaliknya, terbaru Syiah Houthi mengeluarkan kenyataan "Mempertahankan Qatar adalah seperti mempertahankan Iran".
63. Arab Saudi antara negara yang menjamin hutang tertinggi Amerika setelah China, Jepun dan Britain, di mana menjadikan Arab Saudi antara negara yang mengawal ekonomi U.S secara tidak langsung.
64. Syarikat Arab Saudi membeli kepentingan Francais di Malaysia dan Singapura. Hasilnya semua Francais Singapura halal. Malahan suatu ketika dahulu pekerja McD Singapura dilarang solat, kini dibenarkan bersolat.
65. Uber (rangkaian sistem kereta sewa paling berkembang di dunia) mendapat suntikan dari Arab Saudi yang mana menjadi sumber pendapatan tambahan kepada rakyat seluruh dunia.
66. Syarikat Arab Saudi mempunyai saham di dalam Twitter.
67. Arab Saudi melancarkan dana teknologi dengan syarikat Softbank Jepun, sekaligus menjadi dana teknologi terbesar di dunia dengan nilai capital 93 bilion U.S dollar.
68. Saudi membeli 100% kepentingan dalam pusat penapisan minyak terbesar di U.S.
69. Bakal menjadi pemegang rekod hotel terbesar dunia dengan kapasiti 10000 bilik, 70 restoran dan medan selera, 12 menara dan 10 tingkat podium.
70. Bakal menjadi pemegang rekod Shipyard terbesar dunia yang membolehkan untuk membina dan membaiki kapal besar juga membina pelantar.
71. Bank Islam 100% terbesar di dunia berada di Arab Saudi - Ar-Rajhi Bank.
72. Penderma badan kebajikan terbanyak dunia, Prince Al-Waheed bin Talal menderma sebanyak £28 billion mengalahkan Bill Gates (£17.9b) dan Warren Buffet (£11b) di mana beliau menekankan kekayaan tersebut diperolehi di Saudi dan akan didermakan kebanyakannya di Saudi dan selebihnya di negara lain.
73. Satu-satunya negara di dunia yang muftinya dari orang kelainan upaya (OKU). Bukti Arab Saudi tidak mendiskriminasi orang cacat.
74. Dua laluan perkapalan utama dunia melalui Arab Saudi. Selat Hormuz dan Bab Al-Mandab menghala ke laut merah.
75. Satu-satunya negara yangg memutuskan hubungan diplomatik tetapi tetap membenarkan rakyat Muslim negara-negara berkenaan menunaikan Haji dan Umrah.

*PUSAT KAJIAN PEMIKIRAN KHAWARIJ (PKPK)*

 
Copyright © 2014 PenangKini.