BREAKING NEWS

Friday, 23 June 2017

MIC Cabar HINDRAF,DAP Kongsi Sumber data warganegra India


Berikutan beberapa siri pendedahan sebelum ini yang dibuat oleh Hindraf dan DAP berkenaan isu kaum India yang lahir di Malaysia tetapi tidak ada kewarganegaraan MIC hari ini tampil mahu bekerjasama menangani masalah yang timbul dan mencari jalan penyelesaian.

Ketua Pemuda MIC, Datuk Sivarraajh Chandran mahu pihak Hindraf dan parti pembangkang lain seperti DAP dan PKR untuk menjalinkan kerjasama bagi menyelesaikan kemelut tersebut.

Justeru, katanya,Hindraf dan DAP perlu tampil memberikan sumber mana data sebanyak 300,000 kaum India yang tercicir kewarganegaraan untuk diselesaikan oleh MIC.

Hal itu ekoran semakan yang dibuat oleh pihaknya melalui statistik yang diberikan oleh urusetia Mega Mydaftar 2017, hanya 2,000 lebih daripada masyarakat India yang mengalami masalah tersebut berbanding 300,000 yang didakwa oleh pembangkang sebelum ini.

“Selepas apa yang kami buat ini, bukanlah kerja yang senang. Kami mendapati kes hanya dua ribu lebih. Jadi, sama ada Hindraf, dan pembangkang, bawa mereka tampil ke hadapan, kita akan tolong.

“Sidang media ini bukan untuk mempolitikkan isu ini, kami harap kempen khas program mega Mydaftar ini untuk membantu menyelesaikan isu (kewarganegaraan) ini.

“Jadi saya harap mereka ambil ini sebagai cabaran untuk membantu masyarakat India di negara ini yang menghadapi masalah kewarganegaraan,” katanya.

Bagi tujuan kerjasama tersebut, ibu pejabat MIC melalui sayap pemudanya, akan menghantar surat rasmi kepada Ibu Pejabat Hindraf, DAP dan PKR selewatnya-lewatnya pada Jumaat ini. – MalaysiaGazette
 
Copyright © 2014 PenangKini.