BREAKING NEWS

Friday, 9 June 2017

Parti Harapan Malaysia pohon nama sejak 2015

 Parti Harapan Malaysia (PHM) hari ini menghantar surat kepada ketua pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (JPPM) Datuk Mohammad Razin Abdullah memohon supaya kelulusan pendaftaran parti berkenaan dipercepatkan.

Timbalan presiden jawatankuasa penaja PHM, Johari Musa berkata, permohonan untuk mendaftarkan PHM dihantar pada 10 Disember 2015 dan pada 6 Mac tahun lepas pihaknya membayar wang pendaftaran atas nama Parti Harapan Malaysia.

“Sejak 6 Mac, kami tidak menerima apa-apa berita dari pihak JPPM dan semakan terakhir beberapa bulan lalu mendapati status parti ini adalah menunggu kelulusan,”katanya kepada pemberita selepas menghantar surat berkenaan kepada JPPM di sini.

Beliau berkata PHM ingin menyertai pilihan raya umum yang akan datang dengan bergerak secara sah di sisi undang-undang pertubuhan.

Menurutnya, lebih 40,000 individu dari seluruh negara berhasrat menyertai parti itu.
Johari turut mengingatkan pakatan pembangkang yang menggunakan nama Pakatan Harapan bahawa PHM sudah menghantar permohonan untuk mendaftarkan nama “Parti Harapan Malaysia” sejak 2015 ketika pakatan pembangkang dikenali sebagai Pakatan Rakyat.

 
Copyright © 2014 PenangKini.