BREAKING NEWS

Friday, 9 June 2017

"Pemimpin Pakatan Harapan Lebih Pentingkan Diri Sendiri Daripada Parti" - TS Annuar Musa.


Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa mengkritik sikap pemimpin pakatan pembangkang yang lebih mengutamakan matlamat peribadi berbanding kepentingan parti...

Boleh dikatakan setiap parti pembangkang ada watak sendiri dan pendirian sendiri yang mana mereka ada ketika lebih mementingkan diri sendiri berbanding pakatan harapan..

Sebab itu sehingga kini, pakatan pembangkang masih tiada lagi calon Perdana Menteri yang sesuai..ada yang mahukan Anwar..Tun M pula mahu menjadi PM semula..jika parti ditubuhkan kerana mahu menjatuhkan UMNO sahaja beginilah jadinya..dasar parti sendiri carca merba apatah lagi mahu memikirkan soal rakyat..

Sekejap dulu kata mahu menggunakan logo yang sama selepas itu sunyi sepi..timbul pula hal Mahathir dan Anwar dicalonkan sebagai calon PM..

Ini berbeza dengan UMNO..Tan Sri Annuar menjelaskan "jika ada ahli UMNO yang buat silap, kita akan tegur dan berbincang seperti satu keluarga"

"Majlis Tertinggi (MT) juga sentiasa memberi peringatan kepada ahli supaya jangan bersijap individualistik tetapi dahulukan kepentingan politik parti dan negara" jelas Tan Sri lagi..
Lihat sahaja perpecahan yang berlaku dalam pakatan bagaimana PAS keluar dari terus bergelumang dosa dalam pakatan pembangkang...

Dalam Pakatan parti dominan ialah DAP...sudah adat bangsa DAP mereka akan cuba sedaya supaya orang mengikut telunjuk mereka dan memilih rakan yang senang nak skrew...

PAS keluar serpihan pemimpin menubuhkan PAN supaya mudah untuk terus diskrew DAP..
DAP semua parti mereka pernah bergaduh..bergaduh dengan PAS sehingga terbubarnya Pakatan Rakyat..bergaduh dengan PKR semasa PRN Sarawak menyaksikan DAP diaibkan besar..cuba memperalatkan Mahathir dan Bunga...

Ada ketika Mahathir seperti dipukau..sampai memuji DAP lebih nasionalis berbanding MCA..Mahathir seperti di skrew dengan harapan Melayu akan menerima DAP...

Sudah dijangka..usaha gigih Mahathir tidak berbalas...DAP sedikitpun tidak pertahankan Mahathir bila dibalun ketika mengkritik projek Forest City..

Mahathir lebih rela menjadikan dirinya sebagai PM daripada memberi kepercayaan kepada orang lain..terutamanya Anwar..benar kata Tan Sri Annuar Musa.."Gabungan itu (PH) rapuh dan sangat berbahaya"
 
Copyright © 2014 PenangKini.