BREAKING NEWS

Wednesday, 14 June 2017

Penasihat Umum Amanah Yang Low Class


Perlembagaan AMANAH yang diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) pada 15 Ogos 2016 memperuntukkan penubuhan sebuah Majlis Penasihat Pakar (Expert Advisory Council) yang dipengerusikan oleh seorang Penasihat Umum (Chief Advisor).

Tugas dan fungsi Majlis Penasihat Pakar ini adalah:

a) Untuk menganalisa, membincang, menyedia laporan dan memberi cadangan kepada Jawatankuasa Pimpinan Nasional mengenai idea, pandangan dan nasihat berkenaan dengan dasar-dasar dan perjalanan parti (To analyse, discuss, prepare report and recommend to the National Leadership Committee, idea, opinion and advice relating to the policies and the running of the Party).

b) Untuk mengkaji, membincang, menyedia laporan dan memberi cadangan kepada Jawatankuasa Pimpinan Nasional mengenai isu-isu penting dan spesifik berkenaan dengan agama, politik, sosial, ekonomi, pendidikan, perlembagaan, kebudayaan, hubungan antarabangsa dan lain-lain (To study, discuss, prepare report and recommend to the National Leadership Committee, specific and important issues on religion, politics, social, economy, education, constitution, culture, international relation and others).

Membaca wawancara Penasihat Umum AMANAH, Ustaz Ahmad Awang, bertajuk “Sepakat Kalau Nak Menang” di dalam akhbar Sinar Harian pada 12 Jun 2017 menunjukkan bahawa Penasihat Umum AMANAH dan Majlis Penasihat Pakar AMANAH adalah low-class.

Di sebalik membicarakan mengenai idea, pandangan dan nasihat berkenaan dengan dasar-dasar dan perjalanan parti atau membicarakan mengenai isu-isu penting dan spesifik berkenaan dengan agama, politik, sosial, ekonomi, pendidikan, perlembagaan, kebudayaan, hubungan antarabangsa dan lain-lain, Ustaz Ahmad Awang membicarakan mengenai kebimbangan beliau terhadap 5,000 ahli PAS yang masih berada dalam kerajaan negeri Selangor dan membayangkan hasrat beliau agar tindakan tertentu dikenakan terhadap mereka.

Kata Ustaz Ahmad Awang: “Tindakan mereka untuk mengekalkan ahli PAS dalam kerajaan negeri Selangor bukan hanya libatkan tiga EXCO tapi ada 5,000 orang PAS duduk dalam pihak berkuasa tempatan (PBT) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Mereka memperoleh pelbagai kelebihan elaun dan sebagainya. Dari konteks pilihan raya, kita bimbang perkara ini.”

Kata beliau lagi: “Pada saya, kekal saja EXCO tiga orang itu. Tapi apa yang membimbangkan adalah 5,000 orang di bawah ini dan ia perlu dikaji semula peranan mereka. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), ketua kampung ini, walaupun elaunnya kecil tapi kuasanya besar. Itu yang kita risau akan dipergunakan oleh mereka untuk tujuan politik.’’

Pada hemat saya, isu kebimbangan dan hasrat mengenakan tindakan tertentu terhadap 5,000 ahli PAS yang masih berada dalam kerajaan negeri Selangor ini bukanlah isu yang sepatutnya diperkatakan oleh Penasihat Umum AMANAH dan Majlis Penasihat Pakar AMANAH kerana ia hanya selayaknya diperkatakan oleh pemimpin/ahli bawahan AMANAH sahaja.

Ustaz Ahmad Awang memperkatakan isu 5,000 ahli PAS yang masih berada dalam kerajaan negeri Selangor ini hanya mencemarkan imej AMANAH yang mewarwarkan di dalam perlembagaannya bahawa tujuan utama ia ditubuhkan adalah untuk “memartabat dan menegakkan Islam sebagai dasar perjuangan” (To honour and uphold Islam as the basis of the struggle), “Mendirikan sebuah negara dan masyarakat madani” (To establish a civil society and state), dan “Mendukung pendekatan berhikmah, kesederhanaan (wasatiyyah), keterbukaan dan demokrasi” (To promote moderation, openness, and democracy in the political approach).

Pelik juga dengan gelagat Penasihat Umum AMANAH ini yang masih kelihatan begitu bersungguh-sungguh untuk mengenakan tindakan terhadap 5,000 ahli PAS yang masih berada dalam kerajaan negeri Selangor sedangkan Sultan Selangor sendiri telah bertitah bahawa Baginda juga telah mengambil kira mandat yang telah diberikan oleh rakyat kepada Kerajaan Negeri yang sedia ada untuk terus mentadbir bagi menjamin keharmonian dan pembangunan agar kemakmuran rakyat di Negeri Selangor ini tercapai.

SUMBER : Dr. Kamrul Yusoff
 
Copyright © 2014 PenangKini.