BREAKING NEWS

Friday, 9 June 2017

Pencarum KWSP digesa pilih simpanan syariah

PENCARUM Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) khususnya umat Islam digesa memilih simpanan syariah menerusi pelaburan KWSP.

Presiden Persatuan Pengurusan Kewangan dan Harta Islam Malaysia, Rohani Mohd Shahir berkata, pencarum KWSP yang belum bertukar kepada simpanan syariah KWSP perlu berbuat demikian dengan kadar segera.

"Situasi pencapaian hanya 59 peratus ini amat mendukacitakan kerana peruntukkan dana permulaan ditetapkan sebanyak RM100 bilion.

"Bagi sebuah negara Islam yang mempunyai wawasan ke arah mencapai industri kewangan Islam terbesar di dunia, pencapaian itu tidak selari dengan hasrat itu," katanya.

Menurutnya, pihak KWSP juga perlu bertindak dengan lebih agresif dalam mempromosikan kempen dana syariah itu sebagai salah satu tanggungjawab sosial terutama kepada ahli beragama Islam ketika Ramadan ini.

Katanya, ia dapat bantu meningkatkan kesedaran pencarum ke arah memenuhkan peruntukkan dana syariah tersebut.

"Jika ditinjau dari segi prestasi suku tahun pertama, pulangan RM952.1 juta bagi simpanan syariah bersamaan 1.6 peratus bagi tiga bulan pertama atau 6.4 peratus setahun," katanya.

Sebarang pertanyaan sila emel ke info@hijrahwealth.my atau layari laman web rasmi KWSP.
 
Copyright © 2014 PenangKini.