BREAKING NEWS

Wednesday, 14 June 2017

PLUS Tawar Rebat Tol 30% Sempena Musim Perayaan

PLUS Tawar Rebat Tol 30% Sempena Musim Perayaan|UNTUK makluman anda, sempena musim perayaan yang akan datang tidak lama lagi, pihak PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menawarkan rebat tol sehingga 30 peratus kepada pengguna lebuhraya.

PLUS Tawar Rebat Tol 30% Sempena Musim Perayaan

“Rebat tol 30 peratus tersebut ditawarkan sepanjang hari selama enam hari iaitu 19 hingga 21 Jun, 28 hingga 29 Jun dan 3 Julai. Ia merupakan sebahagian daripada langkah PLUS untuk mengagihkan trafik pada musim perayaan dan pada masa yang sama, menghargai sokongan orang ramai terhadap perkhidmatan lebuhraya PLUS,” kata Pengarah Urusan, Datuk Azman Ismail.

Sementara itu, pengguna kad Touch ‘n Go pula berpeluang menikmati rebat tol sebanyak 10 peratus pada tarikh-tarikh tersebut.

Rebat 10 peratus tersebut diberikan untuk semua transaksi elektronik lain di lebuh raya PLUS.

Rebat tol pada kali ini diberikan bagi perjalanan kenderaan Kelas satu melebihi 100 kilometer yang membuat transaksi tol di plaza-plaza tol di semua lebuhraya kendalian PLUS.

Pada tarikh-tarikh tersebut, orang ramai masih perlu membayar tol dengan kadar biasa. Rebat tol 30 peratus dan 10 peratus tersebut akan dimasukkan ke dalam kad PLUS Miles atau kad Touch ‘n Go (dalam bentuk tambah nilai) apabila orang ramai menambah nilai kad mereka di pusat-pusat khidmat pelanggan PLUS di antara 15 Julai hingga 14 Oktober yang akan datang.

Rebat ini tidak meliputi transaksi tol di plaza tol Bukit Kayu Hitam, Bangunan Sultan Iskandar, Tanjung Kupang dan Jambatan Pulau Pinang.
 
Copyright © 2014 PenangKini.